DAPUR KECIL KU

Isnin, 23 Julai 2012

UMRAH DAN ZIARAH

salam..inilah hari pertama aku kat sana.
terasa begitu agung..sukar utk dibicarakan.tp gambaran sebenar dgn gambar lain sgt hanya mereka yg pernah kesana tau bagaimana besarnya kaabah itu.menitis air mata ku saat melihat kaabah terasa diri ini begitu kerdil sgt.
Waktu kami dtg Masjidil Haram ni dlm proses dibesarkan lagi sbb tu ada byk plastik2 simen kat sini
ini menara jam besar(Hilton) bagunan ni terletak betul2 berhadapan pintu 1 King Abdul Aziz.ini kira tanda jika kami sesat mesti cari bagunan ni sbb hotel kami terletak di belakang Hilton ni.Tapi alhamdulillah sepanjang kami di sana tak pernah sesat atau tak jumpa cuma abg aje 2 kali tak dpt selipar dia lepas solat sbb kawasan yg dia letak selipar tu polis dah tak bg masuk jd utk panduan kawan2 jika ke sana mesti letakan selipar dlm plastik beg yg masjid sedia kan dan bawa sekali waktu kita bersolat supaya tak terjadi selipar hilang atau tertukar atau kadang2 sesat tak tau kat mana letak sbb bila dah masuk kat dlm tu keadaan nya serupa sehingga kita sendiri tidak tahu nak mula dari mana.
gambar ni aku ambik dari pintu King Abdul Aziz
ini dia pintu utama polis dan askar sentiasa ada menjaga setiap pintu keluar masuk.

gambar ni di ambil lepas solat zohor cuaca hari tu agak panas dan berabuk serta angin jd mcm ni rupa aku klu waktu pergi dan balik.

ini gua Hira' tempat persembunyian rasulullah tp kami tak masuk sbb dah dipagar demi keselamatan
ini pandangan dari sebelah belakang aku dpt gambar ni pun masa gi makan nasi mandhi unta

ok bersambung kemudiaan..

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...