DAPUR KECIL KU

Isnin, 21 Jun 2010

BEEF BREAD CRUMB ROLL




BEEF BREAD CRUMB ROLL

sumber ummizaihadi copy hana

Bahan Untuk Inti:-

· 300 gm daging cincang

· 2 biji kentang (dipotong dadu)

· 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)

· 1 1/2 sudu rempah kari ayam ( ini ita tambah sendiri )

· 1 sudu teh serbuk lada hitam

· 1 biji bawang besar (dipotong dadu)

· 5 biji cili padi (hiris halus) - ita tak letak

· sedikit daun bawang (dihiris halus)- tak letak

Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul

· 1 cawan tepung gandum

· 1 cawan air

· 1 biji telor

· sedikit garam

· serbuk roti (bread crumbs) secukupnya

Cara Memasak Inti:-

1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.

2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.

3. Masukkan kentang dan carrot.

4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.

5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-

1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.

2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.

3. Masak dengan api perlahan.

4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.

5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.

6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.

7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...