DAPUR KECIL KU

Isnin, 21 Jun 2010

ROTI PELBAGAI


ROTI PELBAGAI


Bahan-bahan ( 12 biji )

Sumber Myresipi.com @ Tulip77



200g tepung gandum

50g tepung halus ( kita guna tepung pau bluekey ) .. den guna 250gm tepung high protin

45g gula kastor

2sb susu tepung

1/2 st garam

1/2 st bread improver

1/2 st bread softener

2 sk yis

1 biji telur

100g air

2sb butter



15gm gluten ... yg ni den tambah sendiri



inti - sambal ikan bilis



Cara-cara



Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.



Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sikit2 dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat di tgn. Uli dgn tangan selama 10-15minit. (den guna mixer ..uli 20min)



Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tmpt panas selama 20minit supaya doh naik sekali ganda. Dah naik tumbuk2 doh utk kuarkan angin. .. (yg ni den skip .. terus kpd next method)



Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yg telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung.Buat sampai adunan habis. .. (den x sapu minyak terus tabur ngan tepung jer .. )



Perap sekali lagi selama 30minit supaya bun kembang. Bakar 180degree selama 20minit. Dah siap, masa bun masih panas sapukan butter atas permukaan bun. (den perap 1jam n lebih)

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...