Bila buat kueh lapis ni dah lupa lah tp klu tak silap dlm2 minggu lepas gak dah lama dah nak buat kueh lapis ni beli tepung hoon kue tu sampai dah berbulan2 beli santan tak yah ckp lah sampai bekali2 beli dan berkali2 aku masak benda lain last2 aku guna santan kotak cap ayam salah satu sbb aku guna santan kotak sbbnya aku masak subuh2 ari jd kedai blm buka nak beli kelapa klu beli santan yg siap tu aku skrg mcm dah takut nak beli santan sejak 2 keluar dlm berita pasal santan tercemar jd dgn rasa berat hari aku guna santan kotak yg no colestrol(konon2 nak jaga mkn lah)tp biasalah klu tak guna santan asli mesti rasanya kureng sikit tp kembar tetap suke mkn gak kueh lapis ibu dia ni sbb blh buka selapis2 he..he..main ke mkn entah budak kembar ni.jom layan gambar lak aku memang tak pandai bab2 lapis ni tp blh lah gak kan
sumber blog rozzan
copy tiffinbiru.blogspot.
Bahan A :-)
150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat*
160 ml air*(*disatukan)
Pewarna merah secukupnya
Bahan B :-)
180 g gula halus (mat guna gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan
Cara membuatnya :-)
1.Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A, kecuali pewarna merah, dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
2.Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 3 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 4 bahagian diberi warna merah.
3.Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian putih dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah), tambah 2 - 3 titik pewarna merah lagi dalam adunan untuk mendapat warna merah pekat, kukus hingga masak. Sambung kukus 12 - 15 minit lagi.
4.Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!
1 ulasan:
Salam Ida,
Pekabar?? Sihat?? Mesti sihatkan sebab baru lepaih pekena kuih lapis, hehehe, kuih lapis mmg sedap mkn ptg2.
Catat Ulasan