ini resepi yg aku cuba minggu lepas tp baru tayang minggu ni kes nya takde masa nak update sorry lah sape2 yg dtg menjegah blog ni mcm sepi aje bab2 xperimen.bkn tak masak ada masak tp semenjak dua menjak masuk era nak kurus ni entah apa penyakit rasa malas nak masak pulak.tp masak nak masak lauk pauk masak kueh mueh laju aje he..he...
nampak ramai dah cuba resepi ni jd aku pun nak cuba gak lah
RESEPI SWEET POTATOES SWIRL BREAD
by : Frozen Wing
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
• 130ml susu segar (resepi asal soya) - hana tmbh lg kurang lebih 20ml
• 1 biji telur
• 200g keledek ( kukus dan lenyek)
• 300g tepung roti
• 155g tepung gandum
• 8g yis
• 40g badam kisar - hana xde stok gune kcg tanah kisar
• 5g garam
• 2tbsp butter
Cara-cara
• Satukan susu dan telur. Kacau.
• Dalam mixer bowl (mixer yg besar yer - hana gune BM), satukan tepung roti, 65gm tepung gandum, yis, badam kisar dan garam. Masukkan susu+telur sedikit demi sedikit dan teruskan memutar hingga doh smooth. Masukkan 1 sudu besar butter dan uli lagi hingga betol2 lembut dan elastik.
• Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tinggalkan 1 bahagian dalam mixer bowl dan masukkan keledek lenyek , 90g tepung gandum, 1 sudu besar butter dan sedikit pewarna oren. Uli lagi hingga doh lembut dan tidak melekat. - akceli adunan nih sedikit melekat. jgn buh tpg lagi nanti masa canai baru main dgn tepung. dikhuatiri roti akan keras jika terlebey tepung.
• Bulat2kan kedua2 doh ke dalam mangkuk berasingan. Tutup dengan kain/plastik wrap. dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 40min.
• Tumbuk2kan doh untuk keluarkan udara, taburkan tepung ke atas papan canai. Canai kedua2 doh dengan ketebalan lebih kurang 1inci dan sama besar . Letakkan doh plain ke atas doh keledek. Gulung dengan kemas. Dan masukkan doh ke dalam loaf tin. Naikkan doh sekali lagi lebih kurang 40min lagi hingga double size.
• Panaskan oven suhu 170C, bakar selama 30min atau hingga roti masak. Sejukkan di atas redai baru potong
roti ni agak padat pd pendapat aku ler jika nak di bezakan dgn roti kentang tu memang jauh sgt bezanya.roti kentang tu lembut gebu mulus seme lah yg ni lak lebih mcm roti paun aje.tp sedap gak klu mkn cicah dgn air atau sapu jem
Tiada ulasan:
Catat Ulasan