DAPUR KECIL KU

Sabtu, 21 Julai 2012

SALAM RAMADHAN

salam ramadhan buat semua...
alhamdulillah juga aku dan suami dpt sempurnakan ibadah umrah kami minggu lepas.masih terasa kerinduan dgn rumah allah itu.ku harap dpt kembali lagi ke sana.
alhamdulillah syukur kerana masih diberi masa utk merasai nikmat ramadhan
sejak balik dari umrah ni kesibukan begitu ketara sampaikan aku memang tak ada masa nak update blog ni jd klu sape2 tengok gambar yg sama aje maknanya memang aku takde masa.kat sini aku akan letakan beberapa keping gambar buat tatapan kawan2.
sebelum berangkat ke KLIA.ketua group kami ust azmi yg pakai jubah tu.Bagus orgnya sepanjang masa kami disana semua keperluan kami dijaga dgn baik.Ust azmi pergi satu family kebetulan 2 org anaknya nama sama dgn nama kembar.yg kakak nama shafika dan adik yg umur 3 thn tu atiqah.comel2 anak nya tapi aku tak sempat nak ambik gambar dia org.

inilah flight yg akan kami naiki kami berlepas lebih kurang jam 3.30 ptg perjalanan mengambil masa 8 jam.
sampai di Jeddah jam 7 mlm (malaysia jam 12 mlm)

baru tiba di Jeddah kat balai ketibaan,nak masuk imigresen lepas tu ambik beg dan baru naik bas check in hotel.dlm jam 8.30 mlm baru kami naik bas,sepanjang dlm perjalanan kami ada dibekalkan nasi dan diberikan tazkirah cuma mata aku ni betul2 ngantuk sedar2 dah sampai hotel mata mamai tp bkn lah lena sepanjang masa ada doa yg perlu dibaca sepanjang perjalanan ke Mekah.
Check in hotel solat jamak dlm kul 11 mlm kami bergerak ke Masjidil haram,masa tu tiada kata dpt di ucapkan hanya sebak di dada waktu melihat keagungan kaabah itu sendiri aku seperti terpengun tak terkata.kami buat tawaf lepas tu saei' selesai dlm jam 3 pg.Ust azmi ckp kita blk hotel dulu solat subuh di hotel aje dulu tp dia tak larang klu ada sape2 nak solat jemaah kat masjidil haram tp kami yg belum biasa dgn jln ambik keputusan ikut ust azmi blk hotel.Ust azmi terpaksa blk hotel gak sbb dia satu family kena demam mujur lah ke esokan hari tu kami tiada xtvt.acara bebas.jd lepas solat subuh jam 4.15pg(m'sia 9.15pg)kami rehat dulu sbb sarapan siap jam 6pg.klu kat Mekah 6 pg ni dah mcm kul 8pg cuacanya.
Masa kami tiba suhu kat sana 40c agak perit gak sbb tak biasa tp bila masuk kawasan masjid dah hilang rasa panas tu,itulah kebesaranya.

Inilah hotel yg kami duduk.Dia org ni nak gi wat umrah kali ke dua.hari ni kami ke Jabbal rahmah(tempat pertemuan adam dan hawa)kemudian ke Mina tempat buat haji lepas tu ke Migat utk niat umrah tp kami tak buat umrah ni sbb kami dah niat nak puasa pd hari nisfu saaban.alhamdulillah allah makbulkan walaupun suhu tinggi tp kami masih boleh tahan.

BERSAMBUNG....

1 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

seronoknya ada kenangan depan Kaabah tu... tak tergambar betapa seronoknya diri ni kalau dpt lihat sendiri suasana di sana kan....

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...