DAPUR KECIL KU

Sabtu, 17 Disember 2011

ASAM PEDAS KERISIK


Terliur tengok kak ita masak dan katanya anak2 seme suka aku pun try lah masak tp nampaknya kat umah tu seme tak dpt terima kes aku masak guna ikan keli(klu makcik aku masak asam pedas ikan keli blh aje aku mkn tp masak sendiri tak blh lah tiba2 tak lalu nak suap ke mulut hu..hu..syg nangis lah ikan ni) tp kan bau dia memang mengancam betul jd aku rasa klu aku masak guna ikan merah atau pari confirm licin lauk ni he..he..sedapkan hati lah tu.

ASAM PEDAS KERISIK

By : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan
http://fromintankitchen.blogspot.com/

500 gram ikan pari, perap dengan jus limau nipis + garam anggaran 10 minit, cuci bersih dan toskan
Ita guna ikan tenggiri
Sawi jeruk secukupnya, yang ni agak2
1/2 jus asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
3/4 cawan cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa - jika suka
Air secukupnya
Segenggam daun kesom

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping nipis hirisan lengkuas
3 biji buah keras
Secubit belacan
1/2 inci kunyit hidup


Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Tambah bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan ikan, sawi jeruk, daun kesom dan juga kerisik, kacau perlahan.
Masukkan jus asam jawa.
Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...