DAPUR KECIL KU

Selasa, 20 Disember 2011

DURIAN PANCAKE

Salam..
Mai-mai mkn pancake pesen moden ni.
dulu2 org panggil kueh gulung atau kueh ketayap aje tp skrg dah glamour sikit dan ala2 minah salleh pun ada.dah tukar nama pancake.Aku memang dah lama duk idam nak mkn pancake durian ni sejak petic delica duk tayang kat blog kat fb tp bila ym dgn dia nak kena beli satu bekas.sape plak yg nak perabis tu aku setakat seketul 2 tu blh lah.jd ku simpan dulu hasrat sehingga alongroz tayang yg versi dia punya dan katanya rasa sama mcm yg beli itu yg aku buat gak tu.Dan memang tak rugi mencuba sbbnya amat2lah sedap dan lemak berkrim rasanya dan lagi best klu mkn sejuk2 tu.aduhai terasa-rasa pulak kelemakan kueh ni.Aku pun pancake hasil drp durian yg madiha kirimkan kat makcik ku di PJ.tq kak long lain kali teringin gak nak ikut ke sana.kembar tak abis2 bercerita kisah kat sana.seronok betul dia org.


DURIAN PANCAKE

By: AlongRoz@HomeKreation
Resepi kulit oleh: KakWan@Citarasawan
(Resipi di taip semula utk mudah rujuk)
Resepi inti krim durian oleh: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2 KULIT:
125ml / 250ml Susu Cair
50g / 100g Tepung Gandum
1/4 st Garam
1 ½ biji telur / 3 biji Telur
½ sb / 1 sb Mentega Cair
½ sb / 1 sb Pes Pandan



INTI KRIM DURIAN:
100 ml / 200ml Whipping Cream (whipped) + 5 ulas / 10 ulas Isi Durian

CARA2:
1. Masukkan kesemua bahan2 kulit ke dlm blender & kisar sehingga sebati.
Tapis.
2. Ambil sesenduk adunan & ratakan ke dlm kuali menjadi dadar nipis.
Biarkan sehingga masak sebelum di angkat.
Buat semua sehingga habis.
3. Letak satu senduk inti krim durian ke atas sekeping kulit & lipat seperti bantal.
Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
Buat sehingga habis.
4. Hidangkan segera atau di sejukkan dahulu.


*Note~kita buat separuh adunan aje jd sape yg tak ramai blh ikut resepi yg aku setengah tu.dpt dlm 6 biji lah.cukuplah kan utk aku sorang mkn.

5 ulasan:

Unknown berkata...

sedapnya nampak..

Bang Hassan berkata...

Salam Sejahtera
Blog yang menarik ~~~ingsalis

Wattie berkata...

Assalamualaikum Ida,
Cantiknya pankek tu......mesti sedapkan

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Menarik boleh cuba nanti..masuk list

Cho Zila berkata...

nampakpun dah menarik tertarik apatah lagi kalau der jer durian memang sedap... ehmmmmmmm antara yang MESTI cubani...

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...