DAPUR KECIL KU

Sabtu, 17 Disember 2011

CEKODOK PISANG & CARROT

Salam

sesi memanaskan badan setelah lama tak mengemas umah.rasanya aku tak masuk blog sejak anak ku kat kg skrg anak aku dah balik semula ke KL baru aku sibuk nak masuk n3 dlm blog he..he..nampaknya anak jugak yg jd penawar dan dia jugak jd racun nya.hu..hu..aku sentiasa berdoakan anak2 ku tak kan bg racun pd ku(lain benor maknanya)kita memang sentiasa inginkan terbaik utk anak2 kita tp kita juga tak tau apa yg akan dtg.Ok jom layan cekodok dulu di hari minggu walaupun aku skrg ada kat opis sebenarnya.boring betul keje weekend ni.bila lah opis ni nak cuti sabtu ahad(syukur lah dulu keje shif skrg opis hour)


CEKODOK PISANG DAN CARROT

Bahan-bahan

1 cwn pisang di lenyek
1 cwn carrot-dlm 1 btg
1 1/2 cwn tepung bergantung keras atau lembik bancuhan,masukkan sikit2
1/2 cwn gula
1 s/k soda

minyak utk menggoreng

Cara-cara

Pisang,gula dan soda di campurkan sekali sehingga sebati kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bater yg sesuai kemudian masukkan carrot.sedia di goreng atau blh jugak peram utk seketika.hidangkan.

*Note ~ bancuhan td blh juga di masukkan oat.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...