DAPUR KECIL KU

Isnin, 19 Disember 2011

NASI AYAM IPOH


Salam...
Moody monday..
Pagi2 lagi kembar buat perangai  lg buat aku moody
Sampai opis click pulak duk membebel tp bkn kat aku lah cuma aku yg dengar ni rasa mcm tak best aje sbb org yg dia  marah tu pun satu opis.Aduh lah sib baik budak tu pun dah nak resign tp aku yg dah dengar satu minggu ni pun rasa rimas ini kan pulak budak tu yg lagi satu bln nak dengar dia membebel.Harap2 mereka dpt berubah menjadi lebih baik.
Jadi mari layan nasi ayam yg aku rasa best ni(dah memang gemar mkn nasi ayam tp homemade punya yer)klu yg jual tu aku kureng layan sikit tak taulah nape.aku rela order yg masakan panas punya.agaknya tengok ayam duk tergantung2 tu jd hilang selera kot.byk tul songeh aku ni.Ramai dah cuba nasi ayam ni itu yg buat aku terliur tp mcm beselah memang aku mesti aku modified punya ikut selera tekak dan isi rumah he..he..tq kpd empunya resepi dan kpd ina.

RESEPI NASI AYAM IPOH

http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/

Bahan Untuk Air rebusan Ayam dan Sup:


air secukupnya (E-na buat 2.5 liter kita pun ikut sama dgn ena)
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang (xde stok)
1 biji sengkuang dipotong dadu (E-na guna batang celery)
1 sudu besar serbuk lada sulah (E-na guna 1/2 sudu kecil shj)



Nota~jika nak ayam masak serata seelok nya potong 2 atau potong 4.klu rebus sekor mcm dlm gambar tu pastikan guna periuk yg besar supaya ayamnya terendam
Cara-cara buat sup:
Mula2 buat air rebusan ayam.
Masukkan semua bahan kecuali batang celery dan serbuk lada sulah.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ambil air rebusan ini untuk masak nasi.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama batang celery dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. Masukkan garam dan perasakan sup.

Bahan-bahan untuk Nasi:
4 mug beras (E-na masak 550gram)
4 1/2 mug air rebusan ayam (E-na guna 2 3/4 mug)
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali) (E-na x letak,xde stok)
1 sudu besar minyak bijan (xde minyak bijan ganti dgn minyak sayur)
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan (5 inci)
4 sudu mentega/ marjerin (3sb)

Cara-cara Masak Nasi:
Panaskan rice cooker di atas dapur. Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau.
Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Pindahkan periuk ke tapak rice cooker dan masak nasi seperti biasa. Kacau sekali dua semasa nasi hampir kering dan sebelum nasi masak. Biarkan hingga nasik masak.

Bahan Untuk Perap Ayam:
1 ekor ayam (1kg)
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia (blend)
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( E-na tak letak sebab kicap dah ada rasa manis2)

Cara-cara Perap Ayam:
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkok besar.
Masukkan bahan yg telah di blend dan semua bahan2 lain, kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. Kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. (Ayam tadi dah masak dgn rebus) E-na goreng je sekejap.

Bahan Untuk Sambal lada:
10/15 biji cili burung -tak letak takut pedas sgt
6 biji cili merah besar
sedikit halia (ambik dari rebusan) - guna halia muda 
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis -guna cuka
sedikit air dari air rebusan ayam -tak letak
garam dan gula secukupnya

Cara-cara untuk sambal lada:
Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
Tuang ke dalam mangkuk dan tambah garam gula jika tidak cukup rasa. Kacau rata.
*E-na buat separuh dari bahan-bahan sambal lada sebab anak-anak tak makan pedas.

Bahan Untuk Kicap:
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar sos cili
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) -tak letak
1 btg serai -di tambah

Cara-cara buat Kicap:
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah

*blend seme bahan kecuali sos cili kemudian campurkan sos cili dan masak sehingga sedikit pekat baru kaw..kaw..rasanya
*Kali ini E-na buat Sambal Kicap Sempoi yang biasa E-na buat seperti di bawah dan tidak menggunakan cara di atas.

Sambal Kicap Sempoi
cili api ikut kepedasan dihiris halus
kicap lemak manis
sedikit sup ayam
sedikit gula/ perasa
Satukan semua bahan ikut kepekatan yang di inginkan. Gaul rata.

Bahan Sampingan
tomato
salad / kobis
daun sup
daun bawang
timun
kicap cair(masin)utk di renjis atas ayam
minyak bijan utk di renjis atas ayam

Selepas semua dah masak, Boleh la di makan...

cara penyediaan:
Timun, tomato dan kobis dipotong nipis2. ayam yg dah dipotong di renjis dgn minyak bijan dan kicap cair
Daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Hidangkan semasa panas2.

terliur plak nasi ayam dgn perut dah lapar ni.Nasi ayam kat atas tu dah lama buat cuma lum post kat sini lag rasanya 3 minggu lepas kot aku buat

1 ulasan:

Unknown berkata...

sedapnya tgk nasi ayam ni..ramai dah yg buat ..saya pun dah lama simpan resepi ni tapi lum berkesempatan nk cuba lagi.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...