DAPUR KECIL KU

Isnin, 20 Jun 2011

GERAI BIHUN SUP DI LANDA ANGIN RIBUT

Salam..
semenjak dua menjak ni entah nape lah aku mcm malas benor nak update blog ni.di tambah pulak susah nak download gambar dlm pc lagi lah bertambah malas nya.tiap kali nak upload gambar pc terus shut down,tensen aku. Di sebabkan itu bila buat xperimen pun aku dah malas nak ambik gambar.entah apa masalah pc kat opis ni(iyelah pc tu bos bg suruh buat keje opis aku gi wat keje personal) Ini aku nak citer sikit kejadian isnin lepas lebih kurang waktu zohor waktu org tengah mkn tengahari. Kejadian angin ribut yg kuat telah melanda gerai bihun sup utara.
ini gambar masa aku mula2 sampai lepas abah call mintak aku keluar opis balik tengok gerai.masa ni hujan lebat gak.gambar pun blur aje..

semea 4 kaki khemah patah terpaksa ganti baru nasib baik khemah tak koyak tp ari tu masing2 cemas juga sbb khemah ni terangkat hampir 13 kaki dr bumi bayangkan khemah sebesar ni terapung ke atas,Ini lah kuasa Allah. Alhamdulillah tiada yg tercedera cuma barang2 yg tengah niaga terpaksa di buang sbb masuk air hujan.

perasan tak tiang khemah yg tersangkut kat belakang pagar dekat bendera tu sebenarnya tiang tu asalnya duduk tepi meja aje tp di sebabkan khemah dah terangkat tinggi melebihi pagar(dpt bygkan tak betapa cemas org2 yg ada kat situ)nasib baik khemah tu tersangkut pd pokok klu tak entah kemana di bawa.

tengok lubang tiang yg terangkat.masa buat dulu bos dah kata kena tanam tiang utk elakkan khemah terbalik bila kena tiup angin tp kuasa allah siapa dpt duga.tiang yg di tanam 1 kaki dlm kemudian di semen pun mampu tercabut juga.

hari ni genaplah seminggu peristiwa ini berlaku.Bos @ Chef E merangkap engineer juga telah merepair gerai ni.Balik aje dr bengkel besi dia terus ke gerai terngok nak beli apa yg patut bg repair seme ,bos cuma call aku aje mintak tengok gerai dan aku dah MMS gambar2 ni semua sbb tu dia relak aje tak kecoh nak balik pun,sib baik opis aku cuma 5 min aje dr gerai ni dan aku punya head pun tak kisah sgt dia paham dan bg aku keluar kejap.Org2 yg niaga ni cuti lah gak 2 hari tp bihun sup tetap lagi bercuti dan berkemungkinan cuti akan berterusan sehingga raya puasa.harap maklum yer semua (sorry lah chef dah tukar jd engineer buat masa skrg)

Selasa pulak kejadian kereta ku di langgar oleh motor penghantar gas...dugaan

8 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

kuat betul angin tu ye.. tiang dah bersimen pun terangkat jugak.. mujur takde customer / orang yg cedera...
lama tu bercuti.... mesti byk org tempah besi...

K.Nor berkata...

teruk ya ida ribut kat sana.. tp alhamdulillah.. tak ada yg cedera kan.. barang2 boleh diganti.. sabar ya.. ada hikhmah disebaliknya tu.. insyaallah.. semoga Allah gantikan dgn yg lebih baik lagi..amin..

Wattie berkata...

Salam Ida,
Ishhhh teruk juga nampaknya ribut yg melanda ni ya.....harap Ida tabah menghadapinya. Setiap dugaan pasti ada hikmah disebaliknya

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

kak long memang kuat angin tu nasib baik cust yg tengah duduk mkn cepat2 lari masa dia org tengok angin tu dah lain mcm dah.
alhamdulillah ada byk ada order gak nak buat duit raya lah ni.rezeki kita org selalu dtg time nak raya

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

kak nor nasib baik takde yg cedera.kat sini klu dah sebut pasa ribut kdg2 takut gak.

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

kak wattie insyallah pasti ada hikmah atas segala kejadian tu

Mamasya berkata...

Teruk jugak keadaan gerai...kuat ributnya.nasib baik tak da yg cedera...citer ttg ribut dan gerai teringat pula kisah ribut yg melanda bazar Ramadhan di Melaka thn lepas.
Moga Ida & suami tabah menempuh ujian ini...byk2 bersabar.moga rezki murah hasil dr kesabaran dan kesungguhan...
tk Ida wish besday

munna berkata...

NASIB BAIK TAKDE YG CEDERA.... DULU KLU IKUT MAK BERNIAGA MMG TIME RIBUT MCM NI KECUT PERUT DI BUATNYA

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...