DAPUR KECIL KU

Jumaat, 6 Ogos 2010

BAKED JAM FILLED DONUT

Baked Jam Filled Donuts
Source: Gert
Copy: Kak Ummi versi mummyseri mummyseri dan suejoshua dan juga izahdaut

Bahan:-

1/4 cawan air suam

1 tsp sugar

1 tsp yis kering

2 ½ cwn tepung

½ tsp garam

¼ cup gula kastor

3 tbsp mentega yang dicairkan

1 biji telor

¾ cwn susu segar suam

• 2 tbsp mentega cair – for sapuan

• jem atau custard untuk picit dalam donut dan gula icing untuk tabor

Cara-Cara:-

Dalam mangkuk kecil, campurkan yis, 1 tsp gula and 1/4 cawan air suam. Biarkan sebentar hingga naik berbuih.

Dalam mangkuk besar, satukan tepung, garam dan 1/4 cawan gula kastor. Tuangkan bancuhan yis, mentega cair, telor dan susu, gunakan whisk/"mixing spoon" dan adun sehingga adunan benar-beanr sebati (lebihkurang 5 minit). (Doh akan menjadi agak melekit, seperti adunan kek).

Kemudian tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan naik hingga dua kali ganda. Sementara itu, gris loyang dan alas dengan kertas baking.

Memandangkan doh sangat melekit, pastikan papan uli ditabur tepung rata-rata. Tuangkan doh ke atas papan adunan. Adunan akan sendirinya "spread out" kerana ia benar2 lembut dan berbintil2/berketul2 (lumpy). Jangan uli atau tepuk kuat, nnt akan hilang udaranya dan donut takkan jadi berangin (airy).

Ratakan sikit doh lebihkurang 2cm, tekan dengan "cookie cutter" yang telah dicelup dengan tepung terlebih dahulu agar tidak melekat, potong doh dan gunakan spatula untuk memindahkan dari papan canai ke atas loyang. Tutup doh dan biarkan rehat selama 20 minit.

Pre-heat oven pada suhu 375 degree F (*akak set 175C). Sapukan donut td dengan mentega cair dan bakar selama 12 minit atau hingga sedikit kekuningan. Keluarkan dan sejukkan di atas rack.

Sediakan piping bag dengan nozzle bulat panjang (Wilton No 402-23o round tip). Picitkan ke dalam donut tersebut dengan jem kesukaan atau jem kastad. Kemudian taburkan icing sugar sebelum dihidangkan


Donut ni jika di buat versi goreng lagi lembut rasanya.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...