DAPUR KECIL KU

Selasa, 29 Disember 2009

BAHULU GULUNG



BAHULU GULUNG

Sumber Ayin Yin
copy Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred A
100 g gula pasir
100 g mentega, cair dan sejukkan
1/4 camca teh vanilin@1/2 camca teh esen vanilla
75 g tepung gandum*
25 g tepung jagung*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)

Jem kegemaran secukupnya (mat guna "strawberry filling)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Lenser tin 12 inci x 12 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Putar telur, gula dan serbuk vanilin hingga kembang dan pekat, gunakan kelajuan tinggi. Pada kelajuaan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Putar rata.
3. Tuang mentega cair dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan.
4. Biarkan sejuk sebentar dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak. Sapu jem kegemaran dan gulung kemas. Potong sebelum dihidangkan

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...