DAPUR KECIL KU

Khamis, 24 Disember 2009

Puding Coklat


Rich Choc Pudding


oleh: junjs11 my resipi.com
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )


1/2 cawan serbuk koko

1 cawan gula

1/2 cawan susu tepung

1/2 sudu teh garam

4 1/4 cawan air (guna tepung custad sukatan air jadi 4 1/2 cawan)

4 sudu besar tepung jagung (ibu dah tukar dgn 1/2 cawan custad bukan segaja nak tukar tapi dah kalut dgn kembar jadilah macam tu)

1/2 sudu teh esen vanilla

3 sudu besar butter

1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

Campurkan semua bahan(adun rata dulu bahan2 kering baru masukkan air kalau tak ia jadi berketul) kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

Masukkan butter, kacau hingga pekat.

Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Masa yg di perlukan lebih kurang 1/2 jam aje dr mula masak,kalau masukkan dlm peti ambil masa 10 minit aje dah boleh potong.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...