LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN
copy Umieaishah
Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih -
2 sudu besar olive oil - teman guna minyak biasa ja
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - teman guna carot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika (teman pakai serbuk cili)
Kicap Pekat - teman boh sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )
Cara menyediakannya:
1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Boleh guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau baked bean
Tiada ulasan:
Catat Ulasan