DAPUR KECIL KU

Isnin, 20 September 2010

BEBOLA ROTI

Tengok madiha masak roti jd bebola aku pun nak try gak memang sedap tp agak keraslah aku baut mgkin terlebih goreng kot tp apa pun memang sedap.aku buat setengah adunan aje

Bahan-Bahan


14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil

2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah ~ dihiris

1 biji bawang besar ~ didadu halus2

sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)

2 sudu teh serbuk lada putih

garam secukup rasa

perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)

minyak utk menggoreng

Cara menyediakan
Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya.. masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...