DAPUR KECIL KU

Jumaat, 24 Jun 2011

MUFFIN PISANG

Salam penghulu segala hari...
Dah lama dah tak update ni,niat ada tp ada aje masalah yg terjadi nak kata busy kat opis ni tak pun sbb ari2 aku duk layan tenet aje cuma bila time nak upload gambar dlm pc tak blh entah apa masalah dgn hp aku ni.Dan semalam aku dah buat permohonan pd big bos kat umah utk membeli kamera entah di luluskan ke tidak sbb nya bos besar nak beli dapur baru dapur lama dah rosak(alah dapur zaman baru2 kawen dulu itu pun regenya tak sampai seratus pun klu tak rosak lagi byk kilang dapur tutup nanti)tapi mem besar ckp tunggu dulu pakai dulu lagipun jarang2 masak bkn selalu pun(dlm hati ada niat lain sebenarnya he..he..)
Alamak aku ni sebenarnya nak citer pasal muffin tp macam mana blh citer pasal dapur lak ni.Dah lah mai tengok muffin terjun aku.buat ahad lepas konon2 nak bwk buah tangan kat sepupu last2 sekali abis kat umah aje.

 BANANA CHOCOLATE MUFFINS (resepi Chef Wan)

sumber kongsi resepi(fb)

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang (guna gula biasa aje)
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips (tak letak pun)
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit

sedap muffin ni dan lagi best klu mkn masa masih panas.

8 ulasan:

Mas berkata...

wahh..sedapnya tengok mapin pisang tu...
montok2 jerk..

Amie berkata...

comel2 muffin pisang tu...panas ke sejuk ke...semua lulus melepasi tekak...heheheh

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

Mas memang sedap muffin ni nak buat pun senang aje.nanti try lah yer

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

Amie ikut kesedapan masing2 lah kan tp klu sy memang suka mkn suam2 panas sbb klu dah sejuk mcm keras sikit.tak sama mcm kek lagi lama lagi lembab

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ini ke yg kata buat kuih ari ahad ritu ye? amboi2... kalau dok boleh rasa.. hehe.. kat rumah pisang yg sujah bagi dah masak.. dok tunggu jer tuan dia godek.. entah nak jadi apa pun tak taulah tu..

nak beli kamera ye? bagus bagussss... kaklong kena kumpul duit dululah skrg ni.. sbb abglong baru je belikan laptop.. jd kamera tu kalau nak belipun kena share2 ler.. kikikiki....

noorsafone berkata...

macam senang je nk buat...amik resepi ya.

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

Kak long bab beli kamera tu tak tau lagi sbb dulu dah beli sekali pakai tak lama mana terus rosak kali ni entah bos bg ke tak entah lah.a'ah ni lah kata kueh yg nak bwk gi klang tp takde rezeki org sana nampak nya.takpe esok kita nak gi PJ klu rajin adalah kueh nya yer

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

noorsafone sila2 ambik nanti dah cuba bg tau yer

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...