DAPUR KECIL KU

Khamis, 9 Disember 2010

MUTABAK MEE


Ada belen lagi kuah kambing kandar tu aku pun buat kan mutabak mee ni.sebenarnya mee ni lebihan dr aku buat mee tomyam utk kembar.aku guna kan mee vermecilli tu jd mee nya lembut bila tengok ada belen utk sekali mkn lagi aku pun terfikirkan utk buat mutabak cicah dgn kuah kari tu.sedap ooo klu tak cicah kuah kari cicah sos cili pun ok gak.Klu ada sape nak try blh lah buat sendiri yer

Mutabak Mee

Bahan-bahan
1 mangkuk mee vermecilli klu takde guna aje mee maggie-rebus dan tos kan
1 pokok daun sup-potong pendek mcm nak letak dlm sup
1 labu bwg besar dadu
1 sudu kecik serbuk cukup rasa klu takde guna garam tp agak2 lah masin tu
2 biji telur
1/2 s/kecik lada hitam tumbuk

sedikit minyak utk mengoreng

Cara
campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak.bila dah rata panaskan kuali dgn sedikit minyak mcm nak buat telur dadar tu bila dah panas blh lah masukkan mee td ikut saiz yg anda suka.Kita dpt buat 3 biji aje utk saiz dlm gambar tu.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...