KEK BUAH KUKUS
copy http://auntiesukitchen.blogspot.com/
Bahan:
540gm tepung gandum
500gm buah-buah campuran
320gm majerin
300gm gula kastor
190gm gula pasir
2st serbuk penaik
2st serbuk bikabonat-lain kali kena kurangkan sikit mcm terasa sgt soda nya
5biji telur A
Cara:
1. Gris acuan bulat 10x3 inci. Lapik kertas serap minyak. Sediakan pengukus. Isi air 3/4 penuh. Jerang hingga mendidih.
2. Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bikabonat di atas kertas lebar. Masukkan buah-buahan campuran dan gaul sebati dengan tepung. Bungkus kertas elok2 dan perap 30 minit.
3. Pukul majerin dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul sebati.
4. Pindahkan adunan ke dlm mangkuk besar. Masukkan bahan yg diperap tadi sedikit2 sambil digaul rata. Ketepikan.
5. Masukkan gula pasir dlm periuk dan panaskan atas api sederhana. Kacau dgn senduk kayu hingga cair dan perang.
6. Dengan cepat, tuang air gula ini ke dlm adunan kek tadi. Gaul rata2 hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dlm acuan dan ratakan. Tutup dgn kain nipis. Kukus selama 2 jam.
(aku kukus 1 1/2 jam shj coz buat setengah adunan)
Nota dr penulis buku:
Majerin dan gula kastor jgn dipukul terlalu kembang kerana akan menjadi ringan dan buah akan mendap ke bawah.
- Air kukusan hendaklah betul2 mendidih baru dimasukkan kek.
- Alas penutup kukus dgn kain tuala/kain nipis agar air tak menitik atas kek
dptlah satu bekas ni.aku kukus siap2 kat dlm ni kemudian tutup dgn penutupnya senang citer tak yah nak balut2 dgn aluminium foil lagi dah.
*utk yg bertanya pasal bekas plastik ni tahan panas ke tak.sebenarnya bekas ni memang tahan panas sbb klu perasan di bekas tu sendiri dah ada gambar bekas ni blh di masukkan ke dlm microwave utk proses memanaskan lauk atau apa2 aje.jgn bakar sudah lah.Dan utk aku pulak sememangnya aku selalu gunakan bekas mcm ini utk mengukus kecuali jenis2 apam sbb apam akan naik jd tak blh kukus tp utk mengukus kek memang boleh sgt2 dgn syarat bila dah masuk pengukus bekas jgn sesekali di angkat sbb klu diangkat bekas tu aku meleweh(tak tau lah nak guna bahasa buku)dan kek yg cair akan mengalir ke ruang2 yg meleweh tu.jd utk kegunaan kek lapis memang tak sesuai.
3 ulasan:
salam....
bekas plastik tu tahan panas ke?
akakkk..ish dah lama tak makan kek buah..tahun lepas kot.. huhu..nak skiitt
Salam Ida,
Kalau dapat sepotong best gak kan, lama tak makan ni cam Izah gak
Catat Ulasan