Ini lah dia gandingan dengan nasi ketumbar tadi.Lauk yg amat2 sedap dan seakan2 ayam masak merah dan ayam masala klu di masak kering.Masaknya mudah aje.org kata pejam mata pun blh masak tp klu pejam mata ada terpegang kuali panas pulak kan.Jom tengok resepi yg asalnya dari saji ni.sebelum ni memang dah ramai cuba tp aku idak lah tergoda tengok mcm tu aje langsung tak terliur sekali tengok kak anmyz masak mcm best aje itu yg buat tu,tp tak buat lah pedas sgt nanti kembar tak blh mkn pulak tp tetap buat jugak ayam goring oats yg memang menjadi kegemaran dia org sekarang ni.Suka pulak aku tengok kembar dah mula berselera mkn jd ibu dia ni makin rajin lah(kembar selera mkn bersebab tau kerana dia org dah mkn vitamin C yg abah dia punya tp ¼ dr vitamin tu lah harap2 berterusan dia org punya selera jd aku tak payah beli susu Dugro lagi utk dia org)
AYAM MAYONIS
Saji online
Bahan-bahan:
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
2. Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
4. Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
5. Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.
kali ke 2 masak hampir 3 ekor ayam fuhhh meletup mkn nya
1 ulasan:
lorr.. baru komen kat nasi ketumbar dh kuor lak ayam yg sedap ni...
amboiiiii 3 ekor masak??? naper tak ngajak???
p/s: ida.. kaklong dah amik tudung kerinting warna biru tu.. TAPIKAN... kalau ada yang 2 tone lagi cantik kan kan kan? ada stok baru dak??? hehe.. kalau ada ingat nak tukor.. don't worry.. tudung tu belum digunakan lagi.. kekekeke...
Catat Ulasan