DAPUR KECIL KU

Khamis, 21 Julai 2011

APAM LADYBIRD

Salam …


Dah lama tak update bkn malas tp biasalah nak masuk n3 sekali error pulak klu update kat umah tenet lemau kat opis tenet selalu forbidden(blok ler apa lagi) jd nak memudahkan keje aku terpaksa taip dulu cerita kat dlm word kemudian copy masuk blog dah jd dua keje lak.tp apa pun aku tetap lah akan update Cuma lambat dgn cepat aje he..he..ini xperimen semalam saje2 gatal nak buat ladybird.alhamdulillah menjadi dan sedap.bln lepas aku dah buat tapi semua mekar sejambak ladybird jd terbelah dada nya agaknya nak tunjukkan betapa cintanya begitu dalam sampai terbelah dada.(aku takde lah masuk n3 maklumlah tak menjadi)

Smlm buat rasa puas hati sgt2 sbb menjadi rupanya dan rasanya pun sedap walaupun agak remeh sbb nak lukis ladybird tu tp bila dah masak tengok cantik betul(puji diri sendiri lah pulak)Cuma apa yg penting api mesti gunakan yg betul2 perlahan baru tak mekar sejambak.terima kasih kpd empunya resepi(aku tak tau sape punya sbb dah ramai sgt yg buat)





Bahan-bahan (lebih 50 biji papercup kecil) :

3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit

2 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ida... comeynyer ladybird........... camner nak buat tu.. meh ajorkan! kena letak warna apa dulu ?
resepi ni kaklong ada copy dari hana dulu... resepi akak dotdot.. tp tak sure resepi sapa.. kaklong baru je cadang2 nak buat apam dot2.. dah keluar pulak versi ladybird yg comey lotey ni..... nak buat tak reti pulak.. hehe..

Deliah's Deli berkata...

sgt comel! :)

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...