DAPUR KECIL KU

Sabtu, 9 Julai 2011

PAI PISANG BADAM

PAI PISANG BADAM

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Doh:-
125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
2 biji telor gred C

Bahan Untuk Filling:-
175 gm mentegAa
100 gm gula kastor
100 gm badam kisar/serbuk
50 gm tepung gandum
3 biji telor gred B
pisang secukupnya - dihiris nipis menyerong

Cara-Cara (Untuk Doh) :-
Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor dan pukul hingga kembang.
Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul lagi.
Seterusnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
Uli biar jadi doh yang lembut dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Keluarkan dari peti sejuk dan canai doh kira-kira setebal 5 mm.
Angkat doh dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan pai dan tekan-tekan biar kemas. Cucuk-cucuk sikit permukaan doh dengan garfu baru dituang filling.

Untuk Filling :-
Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Masukkan ula badam hancur tadi dan gaul rata dan sebati.
Tuangkan filling ke dalam doh pai tadi, ratakan.
Atur hirisan pisang ikut cara sendiri dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit/masak sepenuhnya hingga berwarna kuning keemasan.
Hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang

memang sedap sgt2 aku siapa buat 2 kali lagi he..he..

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...