DAPUR KECIL KU

Khamis, 14 Julai 2011

NASI KETUMBAR

Salam…


Serkarang ni memang susah betul nak masuk N3 klu kat umah nak download gambar lembab kat opis pulak dah kena blok seme tp aku tetap ada cara nya Cuma klu lambat save seme yg dah taip akan hilang,dugaan betul(itulah bos bg gaji suruh buat keje bkn ronda2 tenet ni)

Tapi aku bkn tak buat keje aku tetap siapkan keje on time tau takde ngelat2 bila keje dah selesai baru aku ngadap tenet.Tapi sekrang ni bila tenet dah kena blok Cuma yg blh buka yg berkaitan dgn keje mcm JPJ tu blh lah.mula lah rasa boring yg amat yelah keje seme dah siap(tp bkn abis seme lah) mulalah aku merayau kat tempat keje org lain malas nak duduk tempat sendiri.Ok kita tutup dulu citer pasal opis skrang kita tengok menu nasi yg amat mudah dan senang dan yg pastinya sedap aku pun buat sampai 2 kali youuu…mula2 tengok kat dapur kat anmyz dia buat ayam mayonis katanya sedap jd aku pun cubalah tp duk pikir nak di gandingkan dgn apa yer.langsung ler aku tengok kat anmyz mkn dgn nasi ketumbar aku pun apa lagi buat lah jugak.sedap memang kena aje dgn lauk tu.thanks a lot kat anmyz yg telah menyarakan sy masak lauk tu yer.sedap tak rugi mencuba.



NASI KETUMBAR

Myresepi

Bahan-bahan ( 7 orang )
500g beras
3 s/b mentega
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus) -potong aje
sedikit garam
*tambah kulit kayu manis,cengkih,buah pelaga dan bunga lawang utk tumis
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
basuh beras dan toskan
cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
masak kali ke 2 guna 1 kg beras basmathi

2 ulasan:

Amie berkata...

assalamualaikum,
kelmarin pun nampak nasi ketumbar di dapur kak nor, hari ini di dapur sini pulak, kita dah pernah buat, tapi tengok kwn2 asyik buat nasi ketumbar, teringinlah pulak nak masak...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ateee... katanya tak suka bau daun ketumbar??? cemana leh terrrrbuat nasi ketumbar niii...?? cer citer sikitt... hehehehe...

p/s: dah tau ke cekde dah bersalin?

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...