salam..
terasa pelik sikit sbb update blog kat umah itu pun mlm2 klu siang2 memang tak sempat.lepas ni pun rasanya makin lambat lah aku masuk n3 sbb kat opis dah tak blh nak update blog lagi semua IT dah blok ingtkan blok fb aje rupanya semua kena jd memang takde lagi lah nak bertandang umah kawan2,sorry lah klu ada yg tanya apa2 aku tak menjawab nak jawab kena bukan pc kat umah dulu itupun klu rajin tiba lain malas memang tak bukak langsung lah
skrg aku masuk dulu mana2 resepi yg aku dah try minggu lepas yer
Kosui Pandan
(loyang 9 inci)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
http://mamawandiha.blogspot.com/2011/06/kuih-kosui-pandan.html
Bahan A
1 1/3 cawan gula pasir (kalau suka lebih manis boleh tambah ikut citarasa sendiri)
1 cawan + 1 sudu besar tepong gandum
1 cawan tepong ubi (kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan tadi
½ cawan tepong beras
Bahan B
300 ml jus daun pandan (350 ml air dikisar bersama 12 helai daun pandan & sukat 300 ml jus pandan)
600 ml air biasa
2 sudu kecil air kapur
Bahan C
Kelapa parut putih secukupnya (guna kelapa parut berkulit basah)
Garam secukupnya
Cara Menyediakan
1. Panaskan periuk kukusan dengan air yang secukupnya.
2. Dalam satu bekas/besin yang sesuai.. campurkan kesemua bahan2 A. Gaul rata.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sikit demi sikit sambil dibancuh/ dikacau rata. Gunakan whisker lebih memudahkan. Kacau sehingga gula larut.
4. Apabila air kukusan sudah mendidih. Tapiskan bancuhan ke dalam loyang bersaiz 9". (Jangan tapiskan awal2 bancuhan ini ke dalam loyang kerana ia akan sedikit termendap jika berbuat demikian & ini akan membuatkan tekstur kuih keras di bawah & lembut dibahagian atas) Tutup loyang dengan aluminum foil supaya wap tak jatuh atas kuih. Kukus kuih selama 35 ~ 40 minit atau hingga kuih masak. Jika tiada aluminium foil.. balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh atas kuih. Jika masih terdapat wap / air di atas permukaan kuih selepas kuih masak.. boleh serapkan air tersebut perlahan2 dengan kitchen towel (tisu dapur) & buangkan tisu tersebut.
5. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong. Hidang bersama dengan kelapa parut yang digaul kelapa.
komen - memang betul2 sedap jd sape yg belum cuba cepat2 cuba yer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan