Ibu kepada kembar dan juga isteri kepada tukang besi.bekerja sepenuh masa dan part time suri rumah.punya minat dan hobi masak memasak.Pastrie's Delight juga bersedia menerima tempahan kek,apam polkadot dan juga brownies
DAPUR KECIL KU
Sabtu, 9 Julai 2011
TUKISH PIDE
TURKISH PIDE
resipi: KAK DIANA
sumber : Kak Ayu, Ika & K.Nor
Bahan Doh pide
480 g tepung roti
375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)Aku pon letak 300ml sma kak nor
60 ml minyak zaitun
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam,
secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis-tak letak pun
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk hot cayenne
1/2 sudu teh serbuk cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur(Aku guna 2biji ajer trmasuk utk sapuan)
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
*Aku add capsicum merah n hijau,button mushroom
Bahan sapuan pide
50ml susu segar
1 biji telur
Cara membuat pide
Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
.Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
.Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara membuat pide
Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
.Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
cantik ya roti ni..blh cuba nnti..*penuh dah draft tp blm bt2 jgk!:))
Assalammualaikum Ida. Dah ramai mencuba tukish pide ni...tadi pergi dapur Ratnapun ada.nampak sedap dg daging cincang..cheese.bilalah akak rajin nak membuatnya...bab menguli tu yg kurang sikit...
Catat Ulasan