DAPUR KECIL KU

Khamis, 16 Februari 2012

PANCAKE

Salam...
inilah dia sarapan aku spt tarikh kat gambar tu he..he..time cuti aku mula lah nak masak merapu2 sikt bkn takde keje tp nak gak memerap kat dapur tu.suka sgt duk melepak kat dapur tp nak wat mcm mana umah aku kecik dapur tu memang muat aku sorang aje.(pernah aku ckp kat cik abg klu aku ada duit nak beli umah dan aku memang nak dapur yg besar dah luas supaya dpt mkn berkumpul anak beranak~berangan lah)
ok berbalik pd tajuk N3 sebenarnya dah byk kali aku memcuba utk buat pancake ni tp slalunya mengecewakan(walaupun zaman tok nenek kita dulu ckp pejam mata pun blh jd kueh ni.tok nenek kita panggil lempeng aje)dan aku siap beli kuali non stick semata2 nak wat pancake dan roti jala tau tak,terlalu obses aku ni bab masak2 jgn dan ikut perangai aku ni,sbb suami ku kata membazir beli klu tak guna atau sekali guna.eh..eh..byk pulak aku merapu ni dah lah layan aje resepi yg sgt2 sedap ni.tq norry.

Resepi Pancake

copy anjungnorry.blogspot

Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang
tak rugi cuba.dpt gak aku cari resepi pancake ni walaupun guna hp aje almaklumlah berukbang aku tu masuk air jd guna hp ajelah dan inilah resepi yg aku jumpa he..he..bila dah jadi gatal nak guna cutter cookies lak

Selasa, 14 Februari 2012

DOUBLE CHOCOLATE FIDGE BROWNIES


Ini pulak pasangan dari eegless kat bawah tu.sbb kek tu tak besor mana lagipun aku nak bahagi kpd 2 org satu kepada kawan yg bersalin dan lagi satu kawan yg aku tumpang ketenya(klu aku sendiri yg drive alamaknya tak sampai lagi kot umah azie tu)

DOUBLE CHOCOLATE FUDGE BROWNIES

Copy skybluemelleymey.blogspot
:: Resipi oleh ~ Agnes Chang

Bhn²
250 gm coklat masakan ( dark ) _ d potong menjadi ketulan kecil-guna cooking chocolate aje
150 gm mentega
180 gm gula perang / merah lembut
3 biji telur _ d pukul ringan
1 tsp esen vanilla
120 gm tepung serbaguna _ d ayak
120 gm coklat putih _ d potong kecil² -tukar guna coklat strawbery takde coklat putih
120 gm biji gajus panggang _ d cincang -tukar almond

Cara²
Cairkan coklat masakan bersama mentega menggunakan double boiler atau masukkan ke dalam microwave ( medium power ) selama 2 minit. Keluarkan dari microwave.. Kacau adunan menggunakan whisk sehingga lembut.
Kemudian masukkan gula dan gaul sebati.
Masukkan telur dan tepung.. Gaul sebati.
Masukkan coklat putih dan biji gajus cincang. Gaul rata menggunakan spatula.
Tuang adunan ke dalam loyang 28 cm x 18 cm / 11" x 7 " yang telah d alas dengan kertas minyak dan d lengser sedikit mentega. Bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga ianya masak.
Sejukkan sebelum d potong.
Potong mengikut citarasa masing² dan taburkan dengan gula aising atau glace icing d atasnya semasa menghidang.
inilah babynya.sila abaikan gambar yg lain tu yer.

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE


Salam..
tiba2 rasa rindu dgn blog lak.nak update dah byk kali tp byk sgt halangan termasuk cuti he..he..Kek kat atas ni dah pernah buat sebelum ni,sedap dan lembut sepeti namanya juga he..he..
kek ni aku buat masa nak gi rumah kawan kat putrajaya,dia bersalin walaupun bersalin normal tp masih dlm pantang so aku buatkan lah kek yg takde telur ni.bukan main beria dia mkn tp sebelum mkn dia ckp dulu.Ida ko ni saje aje buat sakit hati aku bawak kek yg aku tak dpt mkn,aku senyum aje dan jawab jgn risau aku dah memang wat special utk ko conpem ko blh mkn kek ni.jom tengok resepi nya...

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Resepi: Dayangjack @ Dapurku Sayang
Sumber: Azlita @ Masam Manis
copy kak ummizaihadi-homesweethome.blogspot
Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"(kita wat dlm cup dan loaf form)

1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)kita guna cuka aje

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Topping/Chocolate Ganache (Jimat, Mudah Dan Sedap)
Resepi: Maklang Azie
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan:- (*untuk kek di atas - akak buat half dr bahan topping dibawah)

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter
Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila nampak telah pekat sikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2

Khamis, 9 Februari 2012

DONUT BALL



Donut Ball (Resepi II)


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:
*2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
*1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
*1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
*gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

KISAH BERCUTI LAGI

Bersambung dari N3 sebelum ni..

lebih kurang 1 jam perjalanan atas bot ke jeti lumut .sebenarnya kami lepas aje ambik gambar kat atas bot tu terus masuk dlm bot letak aje kepala terus hilang sedar2 dah nak sampai lumut.memang betul2 letih giler(aku tambah keletihan sbb firstday peod) seme tido kecuali si shafika(adik) dia begitu xcited sampai tak lena tido yg si kakak dah berdengkur dgn abah.Kita org terjaga pun sbb ada budak2 muda yg duk wat bising kecok dlm bot dia org gelak sampai dah tak ingat privacy org lain langsung. Sampai lumut kita org duk lepak kat kedai mamak tepi jeti mkn ais krim minum tea dulu lepas tu fikir mana nak stay...sambil2 duk kat sini abah tanya lah org2 yg ada kat kedai mamak tu tanya kat mana ada hotel lagi sbb hari kita org sampai tu memang ramai giler org.Org kat kedai mamak tu ckp cuba tengok hotel kat sebelah jeti ni ada ke tak kosong.abah pun tinggalkan ibu dgn anak2 dia pergi cari hotel sambil ambik kete,sib baik parking kete tak mahal cuma bayar rm3 aje iyerlah setengah hari.Klu ikut hati kita org balik aje tapi kesian kat budak 2 org tu itu sbb nya abah gi cari hotel. dan kat bawah ni gambar permandangan dari bilik hotel kami.dari sewa RM300 utk 3 mlm abah pi cari yg sewa RM300 sehari terkejut jap aku tp puashati lah.kami stay 2 ari aje cadang 3 hari tp dah tak tau mana nak pergi.hari ke tiga kami balik ipoh jenguk kakak dgn abah ipar.Yang lawaknya nak balik ipoh pun abah blh sesat katanya jalan dan banyak tukar.lepas singgah ipoh kita org gerak balik kampung kat sg siput pulak.ini lagilah aku siap pasang GPS kat hp aku tu klu tak tak jumpa jln nak balik kampung(inilah dia klu dah lama sgt tak balik kampung)

Hari sabtu tu kiranya seharian kami hanya dalam perjalanan dan keletihan melanda.kembar ajak mandi kolam pun tak larat rasanya.Tapi lepas dpt bilik mandi2 seme berdengkur aku lak yg tak lena tido layan FB aje.
hari kedua tu pagi2 lagi kami dah siap nak gi Teluk Batik.lepas aje sarapan terus kesana.ingt nak gak jumpa Mizwa Seri Manjung tp nak wat macam mana takde rezeki dia balik kampung lak tak pe lah lain kali aje.kat pantai tu pun tak lama sbb hujan aje.lepas mkn tengahari kami balik hotel tido dulu ptg ajak abah jln2
tak tau nak kemana sebenarnya lepas tu nampak mcm taman kat situ ajak lah abah singgah jap tak sangka lak ada kapal perang yg blh kita masuk ke dlm.

tiket utk masuk kedalam dewasa RM10 dan kanak2 RM6.punyalah gayat aku masa nak masuk takut jatuh dlm laut tu.aku ni bukan reti berenang pun.abah sorang carry kembar katanya sia2 dia jadi komando klu tak leh jaga dia org aku lak takut tengok abah dukung 2 org budak ni.

bergaya dgn peluru berpandu

budak sorang ni wat perangai lak,ni kes aku kejutkan tido lah ni.
tak leh lama2 kat dlm kapal ni sbb dah nak tutup jam 6 ptg kami pun kejap aje kat dlm ni.
balik hotel terjun kolam lagi.aduh budak ni dah jadi mcm anak itik dah.
kami stay 2 mlm aje kat hotel ni sbb nak balik kg lak.lepas check out kami gerak ke ipoh singgah unah kakak jap sembang2 lepas tu gerak ke kampung kat sg siput ingt nak jumpa kawan FB kat sana rupanya elok aku sampai kat kg dia baru aje balik dr umah abang.takde rezeki lagi.takpe lah lain kali aje kak sal yer.
ok tamat dah kisah percutian kami yg tak berapa seronok ni

Khamis, 2 Februari 2012

PERCUTIAN CNY ~ PANGKOR vs LUMUT

Salam..
Terasa mcm moody monday lak padahal ari ni ari khamis tp sbb smlm KL cuti sempena hari wilayah itu yg rasa mcm ari senin aje.
Berbalik pada tajuk sempena cuti chinese new year ari tu aku dah plan nak gi bercuti kat pangkor sbb big boss kat umah tu asyik ckp nak gi pangkor aje(dlm list langkawi  dgn pangkor tp sbb pangkor dekat kita gi pangkor dululah)Masa bulan Dec lepas aku pun siap2 booking chalet nak booking hotel dah penuh campur rega mahal2.aku pun bookinglah chalet guna online aje siap booking 4H3M tu konon nak stay lama2 tp yg terjadi sebaliknya.kami sampai sana tak sampai 2 jam duk kat pulau tu bos ckp kita balik lumut sini tak best.aku sebenarnya dah cuak dah masa mula2 sampai tp pujuk hati sendiri takde lah tunjuk muka kat laki sbb aku yg book charlet,tp memang kecewa sungguh lah.mgkin salah aku gak sbb tak check betul2 masa booking tu.masa tengok gambar dlm tenet aku ingtkan charlet rupanya bilik kecik aje dia punya space betul2 utk katil queen tempat solat pun takde sampai letak beg pun dah takde ruang.bila aku tanya mcm mana nak solat katanya dia ada sediakan surau.aku langsung ????last2 aku cancel selepas membayar RM300 ++.duit tu rasanya tak melayang klu aku tak bayar dulu klu gi tengok dulu biliknya Sib baiklah owner charlet tu sanggup pulangkan balik duit tu tp ada charge gak katanya utk byr pd booking.com tu.tak kisahlah janji takde lah duit aku hangus sampai RM300 cuma hangus RM50 aje tp bila dah calculate kos naik bot,teksi semua habis gak RM100 lebih dlm masa tak sampai 2 jam tu.takpe lah dah tertulis mcm tu.kat bawah ni gambar kenang-kenangan
Sementara menunggu abah park kete(masa ni duk berangan nak lepak lama2 kat pulau)sambil2 nak tunggu bot sampai
dah sampai pulau pangkor tengah tunggu order sampai.ibu ngan abah tengah duk pikir nak stay ke nak balik.
finaly kami buat keputusan utk patah balik lumut.masa ni dah jam 3 lebih badan dan penat mata dah kuyu.ialah kami gerak dari KL jam 5 pg takut jam dan memang benar jam peanut seme ada abah drive dr rumah sampai rawang aje lepas tu aku ambik alih sbb katanya ngantuk tak leh bwk laju so aku drive dari rawang sampai batu gajah.

muka org frust..ini atas bot utk patah balik lumut.

continue..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...