DAPUR KECIL KU

Khamis, 9 Februari 2012

KISAH BERCUTI LAGI

Bersambung dari N3 sebelum ni..

lebih kurang 1 jam perjalanan atas bot ke jeti lumut .sebenarnya kami lepas aje ambik gambar kat atas bot tu terus masuk dlm bot letak aje kepala terus hilang sedar2 dah nak sampai lumut.memang betul2 letih giler(aku tambah keletihan sbb firstday peod) seme tido kecuali si shafika(adik) dia begitu xcited sampai tak lena tido yg si kakak dah berdengkur dgn abah.Kita org terjaga pun sbb ada budak2 muda yg duk wat bising kecok dlm bot dia org gelak sampai dah tak ingat privacy org lain langsung. Sampai lumut kita org duk lepak kat kedai mamak tepi jeti mkn ais krim minum tea dulu lepas tu fikir mana nak stay...sambil2 duk kat sini abah tanya lah org2 yg ada kat kedai mamak tu tanya kat mana ada hotel lagi sbb hari kita org sampai tu memang ramai giler org.Org kat kedai mamak tu ckp cuba tengok hotel kat sebelah jeti ni ada ke tak kosong.abah pun tinggalkan ibu dgn anak2 dia pergi cari hotel sambil ambik kete,sib baik parking kete tak mahal cuma bayar rm3 aje iyerlah setengah hari.Klu ikut hati kita org balik aje tapi kesian kat budak 2 org tu itu sbb nya abah gi cari hotel. dan kat bawah ni gambar permandangan dari bilik hotel kami.dari sewa RM300 utk 3 mlm abah pi cari yg sewa RM300 sehari terkejut jap aku tp puashati lah.kami stay 2 ari aje cadang 3 hari tp dah tak tau mana nak pergi.hari ke tiga kami balik ipoh jenguk kakak dgn abah ipar.Yang lawaknya nak balik ipoh pun abah blh sesat katanya jalan dan banyak tukar.lepas singgah ipoh kita org gerak balik kampung kat sg siput pulak.ini lagilah aku siap pasang GPS kat hp aku tu klu tak tak jumpa jln nak balik kampung(inilah dia klu dah lama sgt tak balik kampung)

Hari sabtu tu kiranya seharian kami hanya dalam perjalanan dan keletihan melanda.kembar ajak mandi kolam pun tak larat rasanya.Tapi lepas dpt bilik mandi2 seme berdengkur aku lak yg tak lena tido layan FB aje.
hari kedua tu pagi2 lagi kami dah siap nak gi Teluk Batik.lepas aje sarapan terus kesana.ingt nak gak jumpa Mizwa Seri Manjung tp nak wat macam mana takde rezeki dia balik kampung lak tak pe lah lain kali aje.kat pantai tu pun tak lama sbb hujan aje.lepas mkn tengahari kami balik hotel tido dulu ptg ajak abah jln2
tak tau nak kemana sebenarnya lepas tu nampak mcm taman kat situ ajak lah abah singgah jap tak sangka lak ada kapal perang yg blh kita masuk ke dlm.

tiket utk masuk kedalam dewasa RM10 dan kanak2 RM6.punyalah gayat aku masa nak masuk takut jatuh dlm laut tu.aku ni bukan reti berenang pun.abah sorang carry kembar katanya sia2 dia jadi komando klu tak leh jaga dia org aku lak takut tengok abah dukung 2 org budak ni.

bergaya dgn peluru berpandu

budak sorang ni wat perangai lak,ni kes aku kejutkan tido lah ni.
tak leh lama2 kat dlm kapal ni sbb dah nak tutup jam 6 ptg kami pun kejap aje kat dlm ni.
balik hotel terjun kolam lagi.aduh budak ni dah jadi mcm anak itik dah.
kami stay 2 mlm aje kat hotel ni sbb nak balik kg lak.lepas check out kami gerak ke ipoh singgah unah kakak jap sembang2 lepas tu gerak ke kampung kat sg siput ingt nak jumpa kawan FB kat sana rupanya elok aku sampai kat kg dia baru aje balik dr umah abang.takde rezeki lagi.takpe lah lain kali aje kak sal yer.
ok tamat dah kisah percutian kami yg tak berapa seronok ni

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...