DAPUR KECIL KU

Khamis, 16 Februari 2012

PANCAKE

Salam...
inilah dia sarapan aku spt tarikh kat gambar tu he..he..time cuti aku mula lah nak masak merapu2 sikt bkn takde keje tp nak gak memerap kat dapur tu.suka sgt duk melepak kat dapur tp nak wat mcm mana umah aku kecik dapur tu memang muat aku sorang aje.(pernah aku ckp kat cik abg klu aku ada duit nak beli umah dan aku memang nak dapur yg besar dah luas supaya dpt mkn berkumpul anak beranak~berangan lah)
ok berbalik pd tajuk N3 sebenarnya dah byk kali aku memcuba utk buat pancake ni tp slalunya mengecewakan(walaupun zaman tok nenek kita dulu ckp pejam mata pun blh jd kueh ni.tok nenek kita panggil lempeng aje)dan aku siap beli kuali non stick semata2 nak wat pancake dan roti jala tau tak,terlalu obses aku ni bab masak2 jgn dan ikut perangai aku ni,sbb suami ku kata membazir beli klu tak guna atau sekali guna.eh..eh..byk pulak aku merapu ni dah lah layan aje resepi yg sgt2 sedap ni.tq norry.

Resepi Pancake

copy anjungnorry.blogspot

Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang
tak rugi cuba.dpt gak aku cari resepi pancake ni walaupun guna hp aje almaklumlah berukbang aku tu masuk air jd guna hp ajelah dan inilah resepi yg aku jumpa he..he..bila dah jadi gatal nak guna cutter cookies lak

1 ulasan:

mama sara nur berkata...

assalam
cantik pancake bentul luv..
seminggu sekali mesti wat pancake ni he he sb feberet anak2 akak
letak honey dan butter yummy..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...