DAPUR KECIL KU

Jumaat, 3 Jun 2011

BASIC DOUGH

Ini pulak resepi roti yg kat bawah tu.Aku ambik dari dapur izah dan izah dpt dari dapur kak nor SG.thank a lot sbb sudi share resepi yg amat2 sedap dan lembut dan gebu walaupun dah 3 ari.memang best sgt2.aku cuma buat 1/2 dr resepi aje sbb klu wat byk2 pun takde org nak mkn pun.


BASIC DOUGH

resepi yg aku buat utk 1/2 adunan

200g tepung gandum biasa
40g gula castor
11/2 sudu kecil yis segera
1 bj telur C
60ml air+gula sedikit +yis bg naik dulu
50gm water roux*
cara buat water roux 1:5
25g tepung gandum +125g air.campur semua kacau dgn whisk panaskan dgn menggunakan apis yg perlahan sehingga menjadi pekat tp bkn berketul klu berketul maksudnya tak cukup air.nak tau dah masak ke belum rupa dah masak mcm rupa serikaya.
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin



BASIC DOUGH

sumber: Kak Nor
copy izahdaut

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening


Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi
water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah diguna
roti yg amat sedap sgt

 Penne dgn sos cendawan campur berbola daging.ini pun terliur kat dapur sapa yer dah lupa tp klu tak silap my litter kitchen tak pun 1001 rasa entah dah lupa tp aku guna yg instant seme beli sos kimbal yg dlm botol blk masuk seme bahan2.ni seme kes terliur almaklumlah ari tu aku posa(pssttt kawan2 dah abis ke ganti posa?agaknya2 tinggal aku aje yg belum abis lagi ganti posa)

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus) versi kecik.rupa tak lawo tp mkn bukan main sedap lagi.nak letak resepi malu ler gambar pun tak lawo tp resepi ni aku ambik kat umah kak dayang.tq kak DJ lengkali kita wat versi beso plak.

3 ulasan:

anymz berkata...

puas hati dapat buat roti sendiri kan?

Wattie berkata...

Assalamualaikum Ida,
Rajinnya Ida meroti, elok jer jadinya, nampak pun lembut

K.Nor berkata...

wahh ida, sedapnyer roti... meh sket nak cicah air kopi :)

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...