DAPUR KECIL KU

Sabtu, 17 September 2011

LEMON & PASSION BUTTER CHEESECAKE


Salam..


Nak masukkan n3 yg berkurun dah ni. Buat ni pun lepas kak ummi tayang kat dapur dia. Tengok mcm best aje dan yg penting bahan2 yg diperlukan seme dah ada kat dapur ku he..he..itu benornya. Dan sememang nya tak kecewa lah bila try wat kek ni. Teramatlah sedap dan berbau wangi satu rumah masa bakar nya sampaikan laki ku tanya dah masak ke belum kek tu mcm best aje bau nya. Tq kepada penyumbang resepi aku Cuma kopi aje dr kak DJ


LEMON AND PASSION BUTTER CHEESE CAKE

Ubahsuai dan sumber: Ummi @ Home Sweet Home & Jun

Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A:-

225gm tepung

1 1/2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam



Bahan B:-

200gm butter

175gm cream cheese

1/2 sudu teh lemon zest

2 sudu teh jus markisa (*akak tambah ni) - DJ x letak.aku pun tak letak

175gm gula (akak letak 160 gm je)

5 biji kuning telur

Bahan C:-

5 biji putih telur

sudu teh jus lemon

Cara-Cara:-

Pukul butter dan cream cheese hingga kembang.

Masukkan gula, pukul lagi.

Masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi.

Masukkan bahan A dan gaul rata.

Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.

Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata.

Masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas dan bakar pada suhu 180'c selama 30 minit



Jadi sila2 lah mencubanya kawan2.

1 ulasan:

izahdaut berkata...

kak ida.... sedap nampak kek tuu. lama dah tak buat kek cheese gini..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...