Salam jumaat..
Aku sudah tergoda pd juwita yg menayangkan cistat versi beso. Lepas tu kebetulan ada tetamu jauh(Trg) nak dtg beraya katanya masa aku open house ari tu dia tak sempat dtg sbb sibuk kat kedai jd dia dtg lambat sehari(open house ari sabtu dia dtgari ahad) jd takde apa yg nak jamu aku pun buat lah cistat,kek coklat dan nasi tomato utk dijamu. Terima kasih maziah sudi mu mari umoh aku jauh2 ni.(gambar lupa nak ambik duk kalut sgt).
Tak sia2 buat cistat ni sbb seme puji sedap dan cheff E pun duk mkn berulang2.he..he..maklum lah dah takde stok kueh lain tambah2 cistat ni ada rasa masam2 lemon tu yg buat sedap tu.
Peach Cheese Tart
http://juwitafariz.blogspot.com/
Bahan-bahan
Lapisan Crust - base
284 gram tepung gandum
45 gram Gula kastor
180 gram mentega
cara-cara
1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang
4. Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu
5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 160'c.
6. Keluarkan doh setelah masak
7. Bila sejuk sikit.
Tips : Doh agak melekat2 ditangan sewaktu menekan didalam acuan ita sapukan tangan dengan tepung untuk memudahkan untuk menekan didalam loyang.
Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2
Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
2. keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit - sedikit kiub2 kecil dan gaul dengan tangan mentega dan adunan tepung tadi untuk menhasilkan crumble yang cantik. Jika tidak habis mentega itu pun tak pe .. Jangan uli seperti doh hanya gunakan hujung jari sahaja.
Filling
250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin buah peach( boleh ganti dengan mango/apricot)
Cara-cara
1. Panaskan oven ke 200degree
2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
3. Make a crust. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat.
4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.( ita pukul dengan mixer)
5. Aturkan peach yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
6. Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan tadi.
7. Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan