DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 Januari 2012

AYAM MENTEGA

Order dah skrg kita tayang lauk pauk lak
ini dah lama masak ni sampai dah lupa rasanya he..he..takdelah memang best lauk ni cuma aku rasa lauk2 mcm ni lagi best klu meratah aje klu mkn dgn nasi mcm tak kena lak sbb ada rasa lemak2 susu tu.tq pd empunya resepi nya.

AYAM MENTEGA

http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/11/ayam-mentega.html

Bhn²
250 gm dada ayam _ potong kecil
2 tangkai daun kari _ d cincang
2 biji cili padi _ potong 2
50 gm mentega
1 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng

Bhn² A
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp gula
1 1/2 tbsp tepung kastard
1 biji telur bersaiz kecil
Garam secukup rasa

Bhn² B
1 cawan susu cair
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
1 biji telur bersaiz kecil
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara²
Gaul ayam bersama bhn² A dan perap selama 30 minit.
Saluti ayam bersama tepung jagung dan goreng ayam hingga masak keperangan.. Angkat dan ketepikan.
D dalam kuali yang lain.. panaskan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Kemudian masukkan daun kari dan cili padi.. Tumis lagi hingga terbit aromanya.
Masukkan bhn² B dan kacau rata.. Setelah sedikit pekat bolehlah d masukkan ayam goreng tadi.
Gaul rata dan sesuaikan rasa.
Tutupkan api dan hidang.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...