DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 Januari 2012

ORANGE MARBLE CHEESE BAR CAKE

Orange Marble Cheese Bar Cake by ilhamdapur.blogspot.com


Bahan-bahan (loyang 7x7)
Bahan A
40ml sunquick orange
50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
2 kuning telur saiz A
60g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1-2 titik pewarna orange

Bahan B
2 putih telur saiz A
40g gula halus
1/8 sudu kecil garam

Bahan C
200g cream cheese suhu bilik
1 biji telur saiz A
50g gula halus
1/2 sudu kecil lemon jus

Cara
1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.
2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.
3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.
4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.
5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.
6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.
7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.
8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.
9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.
Teramat lah sedap kek ni.aku buat 2 adunan sbb nak habiskan stok cheese dlm peti.tak rugi utk mencuba tp sendiri mau ingat klu inci ada tambah yer.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...