DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 Januari 2012

CHICKEN QUESADILLAS

Chicken Quesadillas by ilhamdapur.blogspot.com

Bahan-bahan
4-5 keping roti tortilla - ada jual dibahagian bakeri pasaraya
1 keping isi ayam (dada)
1/2 labu bawang besar - didadu
4-5 sudu besar jagung manis dalam tin, toskan airnya (ayambrand dsb)
1 biji tomato segar - didadu
sedikit daun salad (maz guna jenis yg daun keras panjang tu) @ lada benggala hijau
taco spice secukupnya -tak letak pun tak tau mana nak cari sos ni
sedikit garam - jika perlu
2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
mozarella cheese secukupnya
sour cream secukupnya - optional

Cara
1. Lumurkan taco spice secukupnya pada seluruh isi ayam dan panggang sehingga masak (maz guna grill pan je). Boleh juga masak atas kuali leper, tuang minyak zaitun sikit. Angkat dan hiris nipis.
2. Satukan bawang besar, buah tomato, jagung dan daun salad. Perasakan dengan sedikit taco spice dan sedikit garam jika perlu (agak-agak la ye).
3. Susun tortilla dalam loyang, ratakan campuran no.2 atas tortilla, kemudian taburkan mozarella cheese secukupnya dan tuang sedikit minyak zaitun.
4. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 C dan bakar sehingga cheese cair. Angkat dan lipat dan potong dua. Sedia untuk dinikmati, boleh juga dihidangkan bersama sour cream jika suka.


Note ~ kita tak bakar guna oven tapi bakar dlm pan aje lipat 2 so terhasilah mcm dlm gambar tu dan rasanya memang sedap gilerrr..

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...