DAPUR KECIL KU

Jumaat, 25 Mei 2012

PAU RENDANG TOK



Salam Jumaat semua..
moga setiap hari yg kita lalui adalah lebih baik dari hari2 yg sebelumnya.
terima kasih pd semua yg wish aku punya besday,aku amat2 hargainya,klu dulu hanya setakat family aje yg wish skrg kawan2 alam maya pun ada gak walaupun kita semua tak pernah kenal tp di sbbkan alam cyber ni kita semua spt ada ikatan di dlm talian.
Syukur alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi yg fana ni,kadang2 aku sering juga terfikir bagaimana keadaan aku nanti bila di jemput kembali kepada Nya.Kadang2 bila terfikir keadaan itu aku jadi teramat takut dan seram.moga2 aku sentiasa berada di jalan dan landasan yg betul.Jika ada aku tersilap langkah ada yg menengur dan membantu mencari kebenaran,walaupun kita manusia ni akan mudah terasa bila ada yg menegur tp itulah hakikat seorg manusia.
Aku suka dengar kutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w setiap pagi hari jumaat mesti aku dengar dlm astro oasis terasa sangat mendalam maksud dan boleh mengisafkan kita.Dlm kutbah tu walaupun pendek tp penuh dgn pesanan dlm kehidupan kita.Mungkin siapa yg pernah dengar dan tahu faham apa aku maksudkan.
klu siapa yg tak pernah tak tak perasan bila baca ni

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU
sumber http://tayibah.com/eIslam/Khutbahterakhir.htm

Ok lah dan panjang sgt aku muhasabah diri nanti ada yg bosan sbb atas gambar pau bawah citer kutbah lak he..he..sekali sekala mengingat diri tak salah kan.ambik berkat jumaat.Pau ni pun dah lama abis.Aku wat letak inti rendang tok yg stok dr kenduri kat kg ari tu.byk aku wat balik lepas tu frozen kan he..he..bila2 nak mkn panaskan aje


Pau Lembut
Resepi : Kak Ton@myResepi.com
Sumber : Tun - Life is a constant battle

Bahan :
250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh ) Mas guna tepung gandum jerk
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan gula castor
20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening )
2g @ 1 sudu teh - bread softener
1/2 cawan air suam

Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.
Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

Untuk mengukus :
Didihkan air didalam periuk pengukus.
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.
Kukus pau selama 10 minit.

TIps :
Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..
mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya.
Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..
Selamat mencuba...



Isnin, 21 Mei 2012

HAPPY BESDAY TO MEEE...MAKIN TUA DAH

Salam..
Hari ni genaplah usia ku 33thn.Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi yg fana ini.
Aku bersyukur juga dgn usia ku skrg ni aku masih mengecapi setiap impian yg aku harapkan walaupun tidak sesempurna yg di ingini tp syukur allah masih memberi peluang dan kabulkan setiap doa yg ku pinta. Kita manusia ni memang tak pernah cukup kan,tapi jika kita tak minta dari allah kepada siapa lagi kita harus minta,cuma aku setiasa berdoa supaya hati ku ini dijauhkan dari perasaan hasad dan dengki kerana dgn perasaan tu semua kegembiraan akan musnah. Dan aku jugak berdoa agar jangan ada yg dengki dan sakit hati pada diriku dan keluarga ku.Aminn...moga kita semua dilindunggi oleh Nya.
ok aku jamukan mata kawan2 dgn kek ciskek jepun ni yer



Ok lah skrg kita tayang kek2 yg aku wat masa mother's days minggu lepas.semua main order mengejut aje.klu tak wat nanti kata sombong lak tp aku memang cuba sedaya upaya utk membuatnya selagi terdaya.

ini order dari tini,satu utk mak sendiri dan satu lagi utk mak mertua.
ini order dari Bob sepupu tini dia pun sama order satu utk mak satu utk mertua tp lagi satu set aku lupalah nak ambik gambar hu..hu..

order dari cikgu tadika kemas,tak nak cream bagai tp nampak kesian sgt dan aku ada belen bc maka aku wat gak lah mcm ni.Bab menulis ni yg aku susah sikit ni aduhlah bilalah nak cantik tulisan ni

Jumaat, 18 Mei 2012

RUSTIC APPLE TART



Salam..
Dek kerana tergoda,mula2 tengok Diana Sky blue yg wat lepas tu aku usya lah kat dapur masterchef lagi lah tergoda makanya.minggu lepas gi Tesco aku beli apple dgn strawbery sekali.saje tangan gatal klu jumpa strawbery murah aku beli belilah.ini kat Tesco strawbery cameron jd murah aje dlm RM7++ kdg2 RM5 sepekt tp klu kat Jusco RM20++ tengok ajelah.aikk..asal citer strawbery lak ni.dah..dah..kita layan tat yg amat2 best ni dgn rangup2 doh tu tp aku wat terlebih tebal lah tp yg penting tetap ranggup gak he..he..
Aku ambik resepi dari kak shariah yg masuk master chef tu dan aku tak sanggka lak dia pun novelis,aku ni memang minat sgt baca novel dan pernah ada cita2 nak tulis novel cuma citer yg aku tulis slalunya duk tengah jln aje tak sampai ke penghujungnya..ha..ha..
Agak2nya org yg hobinya suka masak2 ni memang suka menulis dan membaca gak kot sbb ramai sgt yg jd tukang masak tukar jd penulis dan tak kurang jugak yg penulis jd tukang masak

Rustic Apple Tart ~ Kerana Sebiji Epal

Master chef - shahriah

Untuk Kulit Pastri :
i suka kulit pastri yang lemak dan rapuh..dan masin sikit... wahhh... dan inilah dia resipe kulit pastri yang telah ku olahkan sendiri...-begitu jugak dgn I lah kak shariah.wat 1/2 adunan aje ni

200 gm mentega *sejuk *dadu
260 gm tepung gandum
1 sudu besar gula castor
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar susu segar-guna air biasa aje

CARA :
masukkan kesemua bahan2 dan gaul sehingga sebati
Tak perlu uli.. masukkan ke dalam plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Jom! Buat Inti Apple!
 3 biji epal dan kupas kulitnya dan buang mempulur.. potong baji.... gaul dengan sedikit garam.
Nota~jgn potong terlalu nipis cukup sekadar potong 8 baji utk sebiji klu tak apple jd lecuh/lembik dan susah nak susun.

Untuk Sos :
1 cawan lite brown sugar
1 sudu besar mentega
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala *nutmeg~tukar guna cengkih
4 sudu besar gula pasir-tak letak guna brown sugar aje

CARA :
masakkan di atas api sederhana sehingga gula larut
Masukkan apple dan sentiasa di kacau sehingga apple lembut
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu
Torakkan adunan.....
Aturkan buah epal di atasnya.... dan...
Lipat doh pastri macam di atas tu.. tu yang namanya rustic
Bakar di dalam oven dengan suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga keperangan... angkat dan sejukkan terlebih dahulu.. kalau nakkan warna pastri tu kekuningan dan nampak cantik.. spraykan dengan sedikit air dan bakar dalam 5 minit...
terima kasih kpd kak shariah kerana sudi share resepi ni tp kita punya tak cantik lah jd pecah2.klu sesapa teringin sila2lah buat yer senang sgt.

Rabu, 16 Mei 2012

KEK BESDAY PAKCIK BOB

Salam..
Wordless wenesday..
Selamat Hari Guru..especially buat semua guru2 ku yg pernah mengajarku,pensyarah2 yg mcm kawan2 ku rasakan kerana mu ku berada disini dan di kedudukan ku ini walaupun tak tinggi tp alhamdulillah mgkin dulu aku suka bermain2 dan suka ponteng sekolah tp kerana mu guru ku tetap kedepan setelah tersedar dari mimpi yg kosong.

Skrg kita layan kek pakcik bob ni.permintaan yg rasanya sukar utk di buat(sbb aku memang tak pandai nak lukis2) tp tak mampu utk di tolak.
order lak mengejut tp klu aku ada stok brg masih blh diterima klu takde mintak maaf ajelah
beserta dgn apam ladybird dan angry bird
tangan senget.tulis pun tak betul tp takde lak aku dgr komplain mgkin sbb dia ckp nak kek aje bkn mintak deco2 pun so dia tak layanlah yg senget benget tu
ini pun mengejut jd ala kadar aje mampu ku buat.aku pun ikut serta masa majlis ni cuma tak sangka yg cc ni nak di buat hantaran sekali klu ku tahu aku deco lebih2 he..he..ingt org yg order ni saje2 nak bg gift kat tuan rumah.dah sampai tempat(rumah perempuan)baru ku tahu kek tu ikut sekali.(aku ikut pun sbb abg yg jd jurucakapnya kira wakil lah)

Isnin, 14 Mei 2012

FARMBROZEN KENARI

Salam..
SELAMAT HARI IBU buat semua insan yg bergelar ibu.Dan tak lupa juga utk mama ku selamat hari ibu mama terima kasih kerana memberi kasih dan sayang mu kepada anak2 mu yg sering memeningkan kepala ni.Namun ku tahu setiap doa yg mama titipkan adalah yg terbaik utk anak2 mama.
Semalam adalah sambutan hari ibu utk kaum2 ibu jadi ramailah yg dpt bunga2 hadiah dr anak2 atau suami.Tak kurang gak dgn aku he..he..aku seronok sbb bila sambut hari ibu terasa khas utk diri ku kerana aku bahasakan diri ku ibu utk anak2 dan jugak anak buah dan anak2 jiran tetangga.terasa rapat dgn mereka tp kini tiada lagi kemesraaan itu~abaikan statement yg last tu yer.
Semalam gak buat pertama kalinya aku terima bunga dari anak kembar ku itu siap bg sorang satu lagi sib baik tak bg sejambak besar.Bunga tu abah yg tempah siap2 masa hari sabtu tp dia mintak kembar yg berikan,kira anaklah yg bg utk ibu.terima kasih semua..kembang..kembang jap.iyelah jarang2 terima bunga.
Lepas aje terima bunga abah pun ckp ibu booking buffet kat hotel mlm ni kita sambut hari ibu mkn kat hotel.(lagi kembang lah yg dah sedia kembang ni)aku pun laju aje call hotel,org dah nak belanja kita ok aje.Kembar apa lagi dia org yg lebihnya.Adik siap ckp lagi kita tidur kat hotel ajelah(hai dik bg betis nak paha yer tunggu lah mood abah nak bercuti dtg lagi skrg ni abah ckp mood bercuti belum dtg lagi-ibu yg dah siap confirm dgn abah ni)
Mlm smlm gi lah kami 4 beranak mkn kat Grand Season kat jln Pahang tu.Makanan dia ok lah org pun tak pack sgt mungkin sbb hari ni keje jadi tak ramai nak duk lepak lama2.Aku pulak mcm biasalah tempat yg jd kegemaran dessert lah mcm2 jenis kek aku duk telek tp takdelah ambik sgt pun klu tak nak mkn jgn ambik membazir.Betul kita byr mahal tp apa guna ambik penuh2 pingan tp sudahnya biar membazir kat atas meja lagi elok kita biar aje kat tray dan biar mereka yg lebih byr ruang dlm perut mkn.Gambar takde lah klu nak tengok gi lah kat FB aje yer sbb aku memang tak bawak kamera pun.
Tp lepas mkn tu abah ada kuarkan ayat power dia yg tak berapa tahan ibu dengar.Abah ckp kat kembar kali ni hari ibu kita mkn kat hotel abah belanja nanti bila hari bapa ibu lak belanja kita mkn kat hotel,si kembar lagi seronok bila dgr mcm tu..hai kena menabung lak gamaknya,agak2 sempat tak tabung penuh sampai hari bapa tu harap2 sempatlah kot.ini belanja ada makna ni.
dah lah kita layan resepi yg aku buat seminggu lepas walaupun niat utk mencuba nya dari tahun lepas.


FARMBROZEN KENARI

by: Maria
copy masam manis
Lapisan Cookies - base-guna tepung red rose
10 oz tpg gandum (284 gm)
1.5 oz gula kaster (45 gm)
6 oz butter (180 gm)

Lapisan Putih - Toping
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
100 gm gula aising
1 sudu teh tpg jagung

Bluberry atau strawberry filling
Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih

Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
Tuangkan adunan ke dalam loyang
canai adunan ke dalam loyang bersaiz 9 x 12 x 1 inch

Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
Keluarkan doh setelah masak
bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing
Kemudian kita buat topping.

Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan

Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping benar2 kering.
Kemudian potong.
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
siap buat 2 adunan lagi satu letak strawbery dan lagi satu bluebery tp rasanya bluebery lagi best dan utk masa akan dtg jgn memandai2 nak letak byk2 filling tu sbb klu letak byk jad manis gilerrr lah biskut tu.letak nipis2 aje yer
kita takde loyang cutter jd tak cun lah lain kali baik buat dlm tat shell aje dah tentu tak yah susah2 nak potong bagai dgn biskut yg mudah pecah ni.

klu terliur sila2lah cuba yer.ini kita takde wat jual




Rabu, 9 Mei 2012

APAM INDON


Salam..
mcm dah lama tak post N3.sebenarnya sejak dua menjak ni busy sikit kat opis ni.jgn kata nak post N3 cuci mata pun tak sempat.Kat umah byk lak keje + malas nak on pc dan transfer gambar bagai.Pendek kata Penykit M dan datang lah.Projek pun tak byk sgt tp byk masalah negara membabitkan hidup manusia hu..hu..lain mcm aje bunyi kan.Biarlah kami aje yg telan dan biar mereka aje menilai baik buruk yg penting hidup kami bahagia dan aman damai serta tenteram.(tp dlm hati tuhan aje yg tau)
Ok berbalik pd citer dan gambar.Dah lama terpegum dgn kejadian apam yg kak azlita buat,aku memang admire lah dgn kat ita ni sib baik duk jauh klu dekat2 dah ari2 ngendap umah dia tengok dia masak he..he..

APAM INDON

by: Blackmore Forum Cari
Disumbangkan oleh : MamaFami
Rujukan : Cikpuan Mieza My Resepi
copy Kak Azlita Masam Manis

5 biji telur(guna gred A)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan(guna fresh milk)
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna
Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna
kat bawah mcm melt sbb aku tabur cholate chip silap teknik lah patutnya kukus dulu satu layer baru tabur ini blm kukus dah tabur.




Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...