DAPUR KECIL KU

Sabtu, 16 April 2011

APAM BLOSSOM

Apam lagiiii...ada yg ckp mcm tu ke?he..he..nak wat mcm mana angin apam aje nya yg dtg.
apam ni sebenarnya adik ku mariah yg bg cadangan supaya buat apam ni katanya sedap dan ramai yg order dgn dia jd aku pun nak mencubalah kesedapan apam ni mcm mana.Dan sememangnya sedap sgt2 bg aku ler org lain entah lah. Apam ni sebenarnya aku masak utk letak kat gerai.sambil2 jual bihun sup tu adalah selit2 sikit kueh mueh utk customer yg nak mkn2 ringan2 sambil minum tea tarik.Ok jom tengok resepi yg amat mudah rasanya

APAM BLOSSOM
Sumber kak am flora
copy http://ummiaffaf.blogspot.com/2010/05/apam-blossom.html

Bahan-Bahan

3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Inti Kelapa:
kelapa parut
gula merah/gula pasir
1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
6. Masukkan inti kelapa
7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Untuk Inti Kelapa:
1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
2. Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Nota: Inti kelapa boleh digantikan dengan apa2 perisa filling atau jem. Acuan yang biasa digunakan adalah acuan lompang ataupun aluminium, jika boleh size paper cups sesuaikan dengan acuan.

ok dah siap utk di letak kat gerai.

Murah aje kita jual 4biji sehinggit klu nak tempah RM25 utk 100 biji.

4 ulasan:

munna berkata...

macam apam dot dot ye...

Wattie berkata...

Assalamualaikum Ida,
Demam apam melanda rumah Ida ka ni...
Kalau kat tempat akak apam cam ni 3 singgit, satu 40 sen, Ida jual murah ni..

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

To Munna~klu tengok resepi mcm same aje yg lain nya nama.tp klu apam dot2 tu letak filing rasa lain sikit klu letak inti kelapa lagi sedap

~~DAPUR KECIL KU~~ berkata...

To Kak Wattie~tempat kita tu mana boleh jual mahal2 nanti takde org nak beli lagi pun rasanya ok lagi klu jual 4 seringgit

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...