DAPUR KECIL KU

Jumaat, 18 November 2011

ROTI ARAB

Salam..
kita tinggalkan dulu kisah kenduri kendara.kita sama2 doakan mereka berdua bahagia dan hidup aman damai.terima kasih pd mereka yg memuji pengantin dan sempat lg puji makcik pengantin he..he..biasalah nak enterprem gak kan.
Ok kita berbalik pd gambar kat atas tu. Dah lama buat cuma tak de masa nak update. aku buat ni masa kedatangkan adik ku ke KL sempena cuti depavali jd buatkan sarapan ni.roti arab.sedap tp aku punya tak cantik lah tp blh layan aje.mkn dgn kacang phool sedap.
resepi aku ambik dr Cik CT nun jauh di penang atau Zalienda thanks yer CT sudi share resepi asal dr sofinar
ROTI ARAB


resepi: Sofinar@myR

sumber Tun Telani &Kak Izah

Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega

2 sudu besar minyak masak

2 sudu besar gula

300 ml air suam

6 g yis

500g tpg gandum



Cara-cara

mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

tepung di gaul dengan yis

Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental

perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup

Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji

Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging


1 ulasan:

Sheery Dream Cakes berkata...

geram tgk roti arab tu.. bila ler diana nak buat nie.. nmpk sedap tu..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...