Ibu kepada kembar dan juga isteri kepada tukang besi.bekerja sepenuh masa dan part time suri rumah.punya minat dan hobi masak memasak.Pastrie's Delight juga bersedia menerima tempahan kek,apam polkadot dan juga brownies
DAPUR KECIL KU
Sabtu, 26 November 2011
PEANUT COKLAT MUG CAKE
salam semua
selamat menyambut tahun baru hijrah.mungkin tak ramai ambik pot pun pasal thn baru ni.dan tak ramai gak yg sambut sbb seme ingt thn baru mat saleh aje nya.tp apa pun sama2 lah kita membaca doa moga segala nya berjalan dgn lancar.
gambar kat atas tu dek kerana tergoda dgn cik irma dulunya duk london skrg rasanya mcm dah ada kat mesia kot siap jd tokey kek lagi klu tak silap lah.
blk keje smlm aku pi ler cari brg2 nak wat kek ni.nak gak tengok btl2 3 min ke.(blh lg ada was2 tu)
taraa..memang betul2 aku masak 3 min guna suhu paling tinggi
utk satu adunan kat bawah tu aku cuma dpt 2 ketul aje sbb guna cup air tu.agaknya klu guna bekas kecik2 byk sikit lah dptnya.
kek ni bg aku agak kering lah jd aku tambah lagi 2 sudu besar susu.lepas tu kureng manis cuma amat2 terasa koko tu sampai aku lepas mkn terus rasa pening2 lalat.di sebabkan kurang manis aku mkn dgn coklat ganache he..he..
Nutella Mug Cake
http://irmadilondon.blogspot.com/2011/05/resepi-nutella-mug-cake.html
Bahan-bahan :
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella-tukar guna peanut butter +coklat
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.
2. Kacau rata sampai sebati.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
sedapnta PCMC tu...
Salam Maal Hijrah ...
wah.. sedapnya kek tu dan nampak gebunya...
Catat Ulasan