DAPUR KECIL KU

Selasa, 1 November 2011

AYAM GORENG NYONYA

Salam..


Skrg memang betul2 takde masa nak update blog. Klu sempat pun merayau kat dapur2 org tp takde tinggal jejak sbb kdg2 url fobbiden jd paham2 ajelah yer klu dah guna reta org ni. Jom layan lauk nyanya ni pulak. Sedap terima kasih kpd mereka yg share resepi ni.

AYAM GORENG NYONYA
Copy http://skybluemelleymey.blogspot.com/
:: Resipi Asal ~ Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam ( TQ )
:: Sumber ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction ( TQ )
:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam, Akak Ummi @ Home Sweet Home dan Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )

Bhn²

500g ayam -dipotong sederhana - ( Ayu gunakan ayam dada )

8 biji cili padi - diketuk

1 biji bawang besar - dipotong bulat

1 sudu besar sos plum masam - ( Ayu gunakn sos plum aje tak masam )

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato

Sedikit daun kari

Garam & perasa secukupnya

Minyak - untuk menggoreng


Bahan Perap

1 batang serai*

4 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

2cm lengkuas*

sedikit halia*

( *dikisar halus )

1 sudu kecil sebuk kunyit

1 biji telur

1 sudu besar tepung jagung

Sedikit garam



Cara²

Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.

Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit

Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.

Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.

Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos tomato, garam & serbuk perasa. Kacau sebati.

3 ulasan:

Diana @ Melley Mey berkata...

memang sedap ayam goreng nyonya nie.. makan ngan nasi putih panas .. sedap kan..:)

Masya berkata...

wahh nampak macam sedapp dalam gambar jer...

tulah kan... sshnya kalau bdk pakai pampers lagi ni.. tp.. mmg nak cubelah petua tu... bkn ape sbb dah xde size kan.. kalau ade xpelah jgk huhuhuhu....

iva berkata...

salam kaka, mashallah sedapnyer nampak ayam goreng. iva mmg suka sgt masakan nyonya ni

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...