Salam..
Mood bola..entah apa kena dgn aku ni smlm aku blh layan bola sampai habis klu idak jgn harap nak tengok bola. Dah tu tengok sorang2 lak bos besar dgn adik aku kuar pergi pasang gate kat downtown bukit jalil.Bola dah abis dia org tak sampai2 rumah lagi. dah tu aku call lah tanya apa pasal masa aku ikut dia org gi pasang gate 4 set kul 11 mlm dah siap ini pasang 2 set kul 12 lebih tak blk2 lagi.Rupanya dia org layan bola dulu kat sana.Adoilah dah lah bini tinggal sorang2 kat umah(ayat kesian aje ni padahal abah memang tak lekat kat umah pun klu malam2 dia mesti kuar lepak2 sambil cari bisnes.slalunya lepak kat bawah flat aje lah)
Ok berbalik pada resepi pulak.Aku tengok ramai sgt wat kek ni jd aku pun try gak lah.blh lah dan mama ckp sedap lagi carrot cake yg biasa.citarasa masing2 kan.
CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue @ sue-hasue.blogspot.com
Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)buat sebiji besor malas lah nak atur2 cup tu
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya
Cara:
Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.
*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan