DAPUR KECIL KU

Selasa, 27 Mac 2012

LEMON CURD

salam..
agak2 korang tau tak apa benda dlm gambo tu, haaa itulah dia lemond curd ala2 jem ada ala2 filling tp sememangnya sedap sgt.ini kali ke dua aku buat sejak jumpa resepi ni(bkn kali ke2 dlm bln ni yer)dulu wat resepi masuk dlm fp skrg fp dah mcm tutup terus aje.itulah nak wat rumah byk2 sampai tak terjaga sudah.
First time tengok lemon curd ni kat umah kat rusnah makanya aku pun try memang sedap penuh dgn rasa lemon.klu sape yg suka lemon memang elok lah wat lemon curd ni sebagai sapuan kat roti.



Resipinya - The Star

copy http://kak-rusnah.fotopages.com/?entry=2027079

2 biji telur
2 biji kuning telur
1/4 st garam
1/2 cawan gula
1/2 cawan jus lemon
1 biji lemon diparut ambil kulitnya
 sb mentega dipotong kiub

Cara membuatnya

Pukul telur bersama gula dan garam bila gula sebati masukkan jus lemon,kulit lemon dan di kacau rata......Kacau atas api sederhana hingga agak pekat(kak kacau atas double boiler) kemudian masukkan mentega...kacau sebentar dan tapiskan.Kemudian terus mengacau hingga pekat.....Adunan ini tak akan menjadi pekat macam puding....ia akan memekat selepas disejukkan.Biar sejuk masukkan dalam botol dan barulah boleh disimpan dalam peti sejuk....

1 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

terliur tgk lemon curd tu... mcm terasa je kat lidah ni masam2 manis lemak berkrim.. hehe..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...