DAPUR KECIL KU

Khamis, 8 Mac 2012

MUFFIN PISANG

Salam..
Skrg dah kurang busy jd blh update blog tp dlm kepala ni duk pikir stok2 brg yg nak kena beli.hari ni tiba2 order dtg mengejut seme nak tolak tak blh jd terima aje lah tp mlm karang ada yg kena tongkat mata ni.aku dah set smlm ari ni cuma wat order cupcake aje tiba2 rezeki ari hujan td antor kembar ke sekolah dah alang2 masuk dlm class cikgu order apam dtg opis ada lg order ptg ni order krimpuff lg.kan ke best klu aku tak keje bukak bisnes jual kueh aje.aku suke..suke..tp bos yg tak suka hu..hu..so kita kena seimbangkanlah.insyallah aku akan siapkn seme order tu.

ok kita layan resepi yg dah lama basi ni.muffin ni memang sedap mungkin ada unsur pisang itu sbb sedap kot.aku ni kureng layan muffin lg suka kek tp muffin ni agak lembut dah memang sgt2 sedap.Buat muffin ni sbb nak perabih pisang jumaat yg org bg.Kak nani terima kasih yer sbb tiap2 minggu bg pisang kat aku.
jom layan

MUFFIN PISANG
http://www.myresipi.com/top/detail/1095
Bahan-bahan ( 12 regular sized muffins )


1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula caster
1/3 cwn minyak masak
1/2 cwn susu segar
1 biji telur
3 biji pisang, dilenyek

Cara-cara 1.A - Masukkun tepung di dalam mangkuk yang besar. 2.B - Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati. 3.Masukkan B kedalam A dan dengan menggunakan garfu, kacau menggunakan "fold in" method - Mixture should still be lumpy. 4.Sudukan adunan ke dalam tin muffin dan bakar selama 25 - 30 mins didalam ketuhar yang panasnya 170C.
cantik tak paper cup tu.aku baru aje beli paper cup saiz ni rasanya baru keluar kot(ke aku yg ketinggalan) beli kat bake with yen kat chowkit.aku klu gi sana blh rabun berpinau2 mata ni seme nak.sudahnya takde tempat nak simpan.
 
budak2 pun suka dgn muffin ni,adik sampai 2 biji sekali mkn(mcm byk sgt-bg aku tu dah kira byk sbb dia org memang jenis tak suka mkn)
 
ok kita seletkan juga order2 yg mana aku rajin ambik gambar,skrg ni aku dah malas nak ambik gambar order sbb benda yg sama aje,klu kek tu ok lah mcm2 pesen kan.
kek coklat moist.order dr kak umi katanya nak bunga2 walaupun anaknya lelaki
apam sekali

order dr kak saadiah utk majlis tahlil
 
order dr zaid
order dr kak moh nak wat blk thailand.kak moh ni tokey kedai tomyam jd bila nak balik buat blk byk sekali.tengok tarikh kat gambar tu.sama dgn waktu aku nak wat kenduri.
kek pisang dgn poppy seed ni pun nak wat balik thailand gak tp aku lupa nak ambik gambar sibuk2 nak gi keje sampai tertinggal kat rumah.jd ambik gambar yg sebelum tu lah.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...