DAPUR KECIL KU

Isnin, 20 Disember 2010

PROMOSI JUS MONAVIA

Salam seme...
Dah tengah malam baru aku sibuk nak update blog ni yg ku kira agak lama gak menyepinya.bukan apa kebizian tahap gaban dah kat opis tu sampai muka buka pun aku tak sempat nak jenguk.blk umah lak mcm bese lah klu awal2 memang takde chan lah nak buka nb aku ni,klu buka gak siap bersilat seme dgn kembar.cuma mlm ni mata tak berapa nak ngantuk lagi jd aku update sikit sbb mcm dah ada yg bertanya bila lah ida nak update ni.Aku ingat nak update tentang testimoni aku tp tak sempatlah jd aku buatlah promosi yg sedang makcik aku buat ni.lagipun dia ckp jus ni bagus klu ada sape2 nak cuba blh call atau sms aku yer. 019-9543616-ida.layan aje menu masak2 nanti bila aku rajin lak.







ok klu ada yg berminat jgn segan2 yer call aje.

Khamis, 9 Disember 2010

KEK BUAH KUKUS

tergoda dgn kek buah pulak jd pd ari yg sama aku masak nasi tu aku buat gak kek buah ni.Adunan nya agak besar jd aku buat setengah adunan aje dpt satu bekas tu.memang best kek buah ni dan yg penting kurang manis kek nya jd aku mkn setengah bekas ha..ha..abah mkn setengah nak bg kat makcik aku dia takde kat umah lak yg dpt nya kete langgar kete org aje.klu tak aku dah siap bwk kek buah dgn nasi paella tu utk dia org dah dia org takde kat umah aku bwk balik umah balik lah.

KEK BUAH KUKUS

copy http://auntiesukitchen.blogspot.com/

Bahan:
540gm tepung gandum
500gm buah-buah campuran
320gm majerin
300gm gula kastor
190gm gula pasir
2st serbuk penaik
2st serbuk bikabonat-lain kali kena kurangkan sikit mcm terasa sgt soda nya
5biji telur A

Cara:
1. Gris acuan bulat 10x3 inci. Lapik kertas serap minyak. Sediakan pengukus. Isi air 3/4 penuh. Jerang hingga mendidih.
2. Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bikabonat di atas kertas lebar. Masukkan buah-buahan campuran dan gaul sebati dengan tepung. Bungkus kertas elok2 dan perap 30 minit.
3. Pukul majerin dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul sebati.
4. Pindahkan adunan ke dlm mangkuk besar. Masukkan bahan yg diperap tadi sedikit2 sambil digaul rata. Ketepikan.
5. Masukkan gula pasir dlm periuk dan panaskan atas api sederhana. Kacau dgn senduk kayu hingga cair dan perang.
6. Dengan cepat, tuang air gula ini ke dlm adunan kek tadi. Gaul rata2 hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dlm acuan dan ratakan. Tutup dgn kain nipis. Kukus selama 2 jam.
(aku kukus 1 1/2 jam shj coz buat setengah adunan)
Nota dr penulis buku:
 Majerin dan gula kastor jgn dipukul terlalu kembang kerana akan menjadi ringan dan buah akan mendap ke bawah.
- Air kukusan hendaklah betul2 mendidih baru dimasukkan kek.
- Alas penutup kukus dgn kain tuala/kain nipis agar air tak menitik atas kek
dptlah satu bekas ni.aku kukus siap2 kat dlm ni kemudian tutup dgn penutupnya senang citer tak yah nak balut2 dgn aluminium foil lagi dah.

*utk yg bertanya pasal bekas plastik ni tahan panas ke tak.sebenarnya bekas ni memang tahan panas sbb klu perasan di bekas tu sendiri dah ada gambar bekas ni blh di masukkan ke dlm microwave utk proses memanaskan lauk atau apa2 aje.jgn bakar sudah lah.Dan utk aku pulak sememangnya aku selalu gunakan bekas mcm ini utk mengukus kecuali jenis2 apam sbb apam akan naik jd tak blh kukus tp utk mengukus kek memang boleh sgt2 dgn syarat bila dah masuk pengukus bekas jgn sesekali di angkat sbb klu diangkat bekas tu aku meleweh(tak tau lah nak guna bahasa buku)dan kek yg cair akan mengalir ke ruang2 yg meleweh tu.jd utk kegunaan kek lapis memang tak sesuai.

MUTABAK MEE


Ada belen lagi kuah kambing kandar tu aku pun buat kan mutabak mee ni.sebenarnya mee ni lebihan dr aku buat mee tomyam utk kembar.aku guna kan mee vermecilli tu jd mee nya lembut bila tengok ada belen utk sekali mkn lagi aku pun terfikirkan utk buat mutabak cicah dgn kuah kari tu.sedap ooo klu tak cicah kuah kari cicah sos cili pun ok gak.Klu ada sape nak try blh lah buat sendiri yer

Mutabak Mee

Bahan-bahan
1 mangkuk mee vermecilli klu takde guna aje mee maggie-rebus dan tos kan
1 pokok daun sup-potong pendek mcm nak letak dlm sup
1 labu bwg besar dadu
1 sudu kecik serbuk cukup rasa klu takde guna garam tp agak2 lah masin tu
2 biji telur
1/2 s/kecik lada hitam tumbuk

sedikit minyak utk mengoreng

Cara
campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak.bila dah rata panaskan kuali dgn sedikit minyak mcm nak buat telur dadar tu bila dah panas blh lah masukkan mee td ikut saiz yg anda suka.Kita dpt buat 3 biji aje utk saiz dlm gambar tu.

KAMBING KANDAR

Gu pd nasi paella tu kambing kandar resepi pun sama sumbernya dr kak maz t.q kak maz memang sedap giler lah dan yg penting se isi keluarga suke

Kambing Kandar

ilhamdapur.blogspot.

Bahan-bahan
1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan) - maz tak rebus dulu terus je tumis dlm presure cooker dan masak selama 35-40 minit. (buat sama mcm kak maz tak rebus pun)
6 ulas bwg putih dan 1 inci halia (blend)
2 sudu besar kicap pekat*
2 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili*
2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)*
(semua bahan yang bertanda * gaulkan bersama)
1 labu bawang besar mayang
1 ulas bawang putih mayang
kulit kayu manis, bunga lawang
daun kari
gula karek/gula melaka sebesar ibu jari - maz tambah sendiri

Caranya:
1. Tumiskan bawang besar, kayu manis, dan bunga lawang serta daun kari.
2. Masukkan bwg putih dan halia yang telah dikisar lumat.
3. Masukkan campuran rempah.
4. Masukkan daging dan airnya.
5. Masukkan garam, perasa dan masak hingga pekat

PAELLA RICE

Kita tinggalkan kisah nak kurus2 tu dulu mari kita mengisi perut he..he.Aku telah tergoda dgn dapur kak maz dan dek kerana aku juga ada stok kambing yg org bagi masa raya korban jd aku telah set dlm kepala ni nak masak nasi paella dgn kambing kandar lawan lak dgn acar buah yg last kopek tu memang marvelesss sgt2 lah dan aku memang nak syorkan kepada sape2 nak try memang patut try sbb sedap sgt nasi di kena lak dgn kari kambing tu tak ingt mkn oooo takpe jgn risau lepas mkn nasi kita minum lah win tea settle masalah kan.

Paella Rice

copy ilhamdapur.blogspot

Bahan-bahan (resipi anggaran)
1 1/2 cawan beras basmati - cuci dan toskan (guna beras faiza emas aje lupa beli beras basmathi)
2 1/2 cawan air atau ikut sukatan air beras masing-masing - guna air rebusan ayam lgi sdp
5 ketul ayam - saiz biasa, gaul dengan sedikit garam dan lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
8-10 ekor udang saiz besar - belah belakang, buang urat hitam dan toskan, lumur dengan sedikit garam - boleh juga guna sotong, kupang, scalop, atau makanan laut yang lain.(kita takde udang besar jd guna udang kecik lepas tu siap buang kulit jd memang tak sama lah rupa mcm kak maz buat)
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1-2 helai daun bay (bay leaf)
1-2 biji buat tomato - didadu
1 cawan lada benggala/kapsikum hijau yang didadu - boleh juga guna sayuran lain
1/2 cawan jagung manis - maz guna sweet corn yang dlm tin
1/2 cawan daun parsly yang dicincang(tak letak pun)
1/2 cawan buah zaitun - jika ada
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit safron - jika takde boleh ganti dengan sedikit pewarna kuning(kita guna serbuk kunyit)
extra virgin minyak zaitun secukupnya
1/2 sudu kecil paprika
1-2 ketul kiub pati ayam dan serbuk lada hitam secukupnya - sebagai perasa
sedikit lemon jus(tukar lime)

Cara :
1. Panaskan oven 180-200 C.
2. Panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar (kalau boleh guna kuali leper), masukkan separuh bawang besar yang didadu dan separuh bawang putih yang dicincang (yang selebihnya ketepikan dulu, guna kemudian). Masak sehingga bawang perang dengan api perlahan. Kemudian masukkan ayam, masak sehingga kulit ayam keperangan dikedua bahagian. Angkat (kuali jangan dicuci) dan masukkan dalam bekas/loyang lain, bakar dalam oven sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali goreng ayam tadi, tambahkan sedikit minyak lagi (dalam 3-4 sudu besar) dan goreng pula udang. Susun dengan meletakkan bahagian yang dibelah atas kuali. Bila dah masak (dalam 2-3 minit) baru balikkan. Masak sampai habis dan simpan juga air yang keluar dari udang semasa proses mengorengnya. ketepikan. Kuali jangan dicuci dulu.
4. Dengan kuali yang sama panaskan 4-5 sudu besar lagi minyak, masukkan tomato dan lada benggala. Masak sehingga layu dan perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam. Angkat dan ketepikan.
5. Dengan kuali yang sama juga, panaskan 3-4 sudu besar minyak. Masukkan semua bawang yang berbaki tadi, serbuk jintan putih, paprika dan daun bay. Masak sehingga bawang perang. Kemudian masukkan 2 cawan air (ni sukatan utk beras basmati yang maz guna), pastikan ikut sukatan beras masing-masing. Masukkan kiub pati ayam dan biar sehingga mendidih. Rasa agar kiub ayam yang digunakan cukup untuk membrei rasa pada nasi kelak.
6. Kemudian masukkan beras, safron dan kacau sekata. Tutup kuali dan masak sehingga nasi masak.
7. Bila nasi dah masak, biarkan dulu dalam 5 minit. Kemudian kacau nasi dengan garfu agar nasi berderai. Masukkan ayam bersama air yang keluar semasa proses membakarnya, udang, kapsikum, jagung, buah zaitun, parsly dan perahkan sedikit lemon. Gaul sebati guna 2 garfu (jangan guna senduk, nanti nasi akan patah).
8. Sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba..
ini belum gaul lagi


P/S : Kalau takde kuali leper, boleh masak nasi dalam periuk biasa/rice cooker. Kemudian baru gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar

Rabu, 8 Disember 2010

UPDATE MY TESTIMONI

Gambar ni di ambil lebih kurang 7 bulan lepas klu tak silap.kami memang keturunan cubby2 so layan aje rupa belon2 ni ha..ha..
berat masa ni dekat2 90kg dah ni

ini gambar sebelum aku ambik win tea atau apa2 produk MRT baru masuk ahli aje lum berminat nak beli apa2 sbb dah giveup dgn dgn mcm2 produk dan masa ni aku sebenarnya ambik 2b model tp takde kesan apa2 badan tak naik dan tak turun2 pun.Tengok pakai seluar pun bkn main sendat lagi.Aku masuk ahli pun sbb x classmate masa belajar dulu pelawa konon tak nak kecewakan member masuk lah lg pun masuk ahli pun dpt produk gak tp klu dpt buku aje jgn harap aku nak masuk 

Ok ini gambar terbaru selepas hilang 5kg setelah ambik win tea selama 3 minggu(mcm tak nampak kesan aje kan)ikut ukuran lilit aku hanya hilang 1cm utk setiap bahagian spt perut,peha dan punggung itu aje tempat yg slalu aku ukurnya.
Aku ni badan jenis pear so klu org tengok atas mcm sais S bawah alamak XXL lah memang susah betul nak cari baju jd aku terpaksa tempah.klu seluar jeans tu jgn harap lah memang tak merasa nak pakai jd aku kena pakai slack aje.ok nanti aku update lagi  gambar selepas genap sebulan aku guna produk
ini gambar fresh from oven baru ambik agak2 ada beza tak?

Isnin, 6 Disember 2010

ORDER

Order dr kak sadiah dan juga zila katanya nak try dulu.no hal aku buat aje sambil2 aku buat utk diri sendiri jd mana2 yg ada belen tu aku letak lah kat aku punya lasagna
kembar bkn main suka lagi lasagna pesen ni sos merah + sos putih memang best lah utk yg gemar cheese tambah lg cheese memang syok lah


ini lak 6 biji kek karemel order dr awin utk majlis bekhatam anak baeranak nya dan juga bluebery neopolitan cake order dr lisa.



ROTI CHILLI TUNA

Roti ni aku buat utk sarapan pg jumaat lepas rasanya.sedap tau bila dag buat mcm ni aku siap mkn 5 ketul lg jgn tak caya yer.bos besar mkn 3 ketul sbb aku dah mkn dulu he..he..
ari tu aku tengok kat blog sape buat mcm ni tp aku takde lah ambik resepi dia jd aku cuma beli chilli tuna marina tu lepas tu sumbat aje dlm roti abis citer dah tu goreng kan ke senang.
lebih kurang mcm ni cara2 nya jd klu sape2 nak try memang simple giler lah dan yg penting sedap

KARIPAP DARI MAMA

Minggu lepaskan adik aku dari kampung ada dtg jd mama ada kirimkan keropok kering dgn karipap ni(sebenarnya bkn nenek kirim tp ibu yg mintak beli kan he..he..)tp nenek slalu tanya nak apa2 ke klu nak dtg KL sbb dia tau anak ni klu dah blk mcm2 nak di angkut sampai kan pernah aku kena sound tunda aje dapur umah ni blk KL hu..hu...
dah lama tak rasa air tangan mama rindu nya takpe hujung bln ni kita blk kg yer kembar jumpa nenek dgn tok ki.

KEJADIAN....

Salam senin...kira2 ari ni aje kita keje esok holiday lagi sukenya tp yg tak suke keje melambak kat opis ni opismate lak gi holiday kat Jepun seminggu takpe ni turn dia bese aku aje ambik cuti tp blk kg ajelah mana ada duit byk2 nak gi holiday obesea tu lg pun niat hati ni klu nak kuar duit bab berjln jauh aku nak gak jejakan kaki ke tanam haram tp mungkin belum tiba masanya lagi harap aku sempat utk menjejakan kaki ke sana.

Semalam aku takde plan nak kemana2 pun ingat nak lepak2 aje kat umah tp si kembar pulak sibuk ajak gi umah tokcu dia katanya nak naik moto.aku lak jawab kan abah ada moto naik aje moto abah dia org kata moto abah buruk moto tokcu cantik.sebenarnya dia org blh main2 kat tepi moto tu sbb umah tokcu umah lot yg umah kita org ni umah flat memang aku tak lepas ler kembar merayau2 kat tepi2 parking keluar aje kete terus naik lift blk umah kdg2 org ingt aku takde kat umah sbb tak nampak aku kat luar cuma klu ari cuti aku akan buka pintu umah dan kunci gate jd org tau lah aku ada kat umah.Jiran2 aku lak suka sgt lepak2 kat luar tu kdg2 sampai kul 12 mlm pun duk gosip lagi bos besar slalu warning aku jgn aku ikut jejak langkah mcm tu(insyallah belum lagi kot)
Dalam perjalanan ke PJ jln jam sbb jln raja laut di tutup utk acara tarian 1 malaysia.paham2 ajelah KL ni tutup satu jln blh jam keliling.dlm jam yg gerak mcm semut tu dgn tiba2 kete aku jln dgn lajunya tak taklah laju mana sbb kete stop jln stop lebih kurang 20km/j mcm tu lah aku apa lagi emergency brek lah sampai terantuk kembar aku yelah dia org duk dpn suruh duk belakang panas katanya nak aircord.Aku masa tu dah cuak dah dah lah duk line tengah sekali driver dpn ckp kita berenti kat tepi jln kat dpn.aku pun ok ajelah dah buat salah kan.jauh gak dr tempat aku terlangar bontot kete tu baru ada ruang sikit utk berenti.Elok aje berenti terus budak laki tu ckp
driver ~kita settle kat sini ajelah tak nak panjang citer
aku~mcm mana nak settle kat sini bkn nya tau kos repair ke apa.
driver~ nak claim insurans
aku ~ nak claim insurans mcm ni blh ke sy rasa tak blh claim ni.
driver~tak taulah tp klu blh tak nak buat mcm tu,you ada berapa?
aku~sy takde duit skrg tunggu husband blk dulu lah tengok mcm mana nanti sy call you,blh bg no phone
driver~bg no you saya call(aku pun bg no hp terus dia wat mis call)
aku~apa2 citer sy cal you nanti lah skrg sy ambik gambar dulu(cepat2 aku tangkap gambar sbb tak mau jd lain lak)
driver~ok lah tp klu you tak call sy nak report,klu report you dah tentu kena saman RM300(ada nada ugut sikit)
aku~takpelah you tunggu aje sy call
driver~tp klu blh kita settle sini lah you byr sy RM300 kira settle lah
aku pandang muka dia dlm hati dia ni nak kenakan aku yer ingat aku ni bodo sgt ke nak byr buta2 RM300 jgn kata pecah berderai cat pun tak lekat.korang rasa mcm mana patut ke aku byr?



aku~apa2 hal you tunggu aje lah sy call mlm nanti lepas husband blk.
driver~ok tp you mesti call klu tak sy buat report lah
aku~ok klu you rasa nak buat report pergi lah
(aku pun msk kete blk dia pun msk kete tp kuar blk)
driver~blh bg nama penuh you
aku~ini nama sy aku tunjuk bil tepon,kasi you punya nama penuh sekali lah


ini lah rupa kete aku kemek kat dpn sikit.tengah2 panas ni sib baik ada dinding flat ni teduh sikit.

terjunkit bonet kete tp dah ok dah bos besar dah repair dan dah ok pun.ptg smlm masa aku OTW nak blk umah lak dlm jln jam tu driver tu call lagi tanya dah ada keputusan ke blm aku jwb lah husband blm blk  so kena tunggu mlm tp dia ckp dah tak mau tunggu dia nak buat report gak aku ckp oklah lah.sblm tu aku dha siap mms gambar tu kat laki aku jd dia ckp jgn risau lah takde apa2 klu nak buat report pun silap haribulan polis tu suruh settle kat luar aje nak claim insurans memang jauh sekali lah(kita org pernah claim insurans  ingat senang2 ke nak dpt claim,masa tu accident teruk gak  sampai kepala van tu kena tukar baru enjin masuk ke dlm accident dgn lembut,arwah lah lembu tu)
smlm aku tunggu gak kot2 driver tu ada call pasal kes ni tp takde lak.

Rabu, 1 Disember 2010

ROTI PURI BERINTI KACANG MERAH

Ini menu ahad lepas dah lama dah pendam nak buat roti puri ni dr buat sambal tumis ikan bilis sampai abis sambal tak buat gak last2 aku teringat kat kg aku dulu ada gak kueh mcm ni kita org panggil kueh bom.lagi pun aku memang nak clear inti red bean yg dah lama buka takut rosak nak buat roti mcm dah malas dah ni.bila dah jadikan roti puri mcm ni best jugak bos besar mkn sampai 3 biji you..resepi aku intai kat umah izah mula2 aku tengok kat umah kak long tp mcm lain sikit resepinya jd aku gi dapur izah aje lah.thank izah dan rosaliza
ROTI PURI

izahdaut.blogspot
Source: Kak Rosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *(lain kali rasanya kena kurangkan air ni 75ml aje lah baru blh buat serbuk roti tu)
40-50ml air(aku memang dah tak letak terus air ni sbb mcm dah lembik sgt tambah tepung lagi adalah sib baik jd)

inti kacang merah secukupnya
Minyak utk mengoreng


Cara-cara:

satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
satukan tepung dan yis .. gaulkan
no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil*masukkan inti ke dlm doh kecil2
canai doh nipis /jgn nipis sgt takut pecah keluar inti .kita buat besar tapak tangan
siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok

CHOCOLATE FUDGE CAKE

Terasa nak mkn kek cekelat lak duk tengok ramai sgt wat eggless cake tp aku nak wat takde yougurt kat umah lepas tu duk tilik resepi lain2 terbekenan dgn resepi ni ada ala2 mcm brownies sikit.aku suke..suke..mula2 masak tu aku dah mkn suku dah sbb sedap lak mkn panas2 mcm tu.dek kerana nak mkn sgt kek ni aku tunggu sampai masak lah bese klu dah mlm sgt aku set siap2 oven tu agak2 masak kek lepas tu aku masuk tido ini aku dah baring tp terbau kek yg sedap ni aku gi dapur tengok dah masak aku mkn dulu.setengah biji aku mkn sorang tau(ni nak bg tau betapa sedapnya kek ni he..he..)
resepi ambik dr dapur alongroz tq resepinya kita suke.copy aje ni resepi

CHOCOLATE FUDGE CAKE

homekreation-recipes.blogspot
Source: Fine Cooking (I've simplified the write-up for my own ease of reference)
(Makes 8" round)

INGREDIENTS:
4½ oz Flour*
1 oz Cocoa Powder*
1/2 tsp Baking Soda*
1/4 tsp Salt* (* mix together)
4 oz Unsalted Butter - melted & warm
1¼ cup Packed Brown Sugar
2 Large Eggs
1 tsp VE
½ cup Hot Water

METHOD:
1. Preheat oven at 180C.
Line & grease the cake tin.
2. Combine butter & sugar with a spatula.
Add in eggs & EV - stir until well blended.
Add in flour, all at one time & stir just until all flour is moistened.
Add in hot water & stir just until incorporated & smooth.
3. Bake for 30-35min.
Cool in the tin on a rack for 10 min.
Invert & cool completely.

CHOCOLATE GANACHE:(lupa nak wat setengah udahnya byk xtra lak topping ni)
(I've halved the recipe & skip sugar as follows)
4 oz Grated Chocolate
½ cup Heavy Cream-guna whipping cream aje
- Bring cream to a boil & off the heat.
- Add in chocolate & stir until smooth.
- Wait until it is warm before pouring onto the cake

masa buat kek ni aku ada satu masalah tengoklah kek aku tu.puas aku duk pikir apa pasal kek jadi mcm ni.dulu aku pernah terbaca kat blog chef noraini katanya suhu oven yg tak sesuai menjadikan kek merekah tp kali ni kek jd naik tengah2 dah merekah kat tepi.walau apa pun kek ni memang sedap lain kali blh wat lagi ni he..he..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...