DAPUR KECIL KU

Jumaat, 13 Ogos 2010

TEPUNG PELITA

Tepung pelita ni aku buat semalam,terasa pulak anak tekak ni nak mkn yg sejuk2 manis lemak2 gitu.Itu pun anak tekak terasa kes tengok kat dapur sape entah duk tayang tepung pelita versi plastik mcm yg aku buat gak.Biasa org buat guna daun pisang tp kita guna bekas plastik,takpe janji dpt buat.Tahun2 sblm ni kita org main beli aje cuma tahun ni sbb niaga kat gerai bihun sup utara jd tak sempat nak ronda2 cari mkn.Dulu masa abah niaga nasi briani kat pasar sentul memang byk masa sbb kul 6.30 ptg seme jualan abah dah clear kadang2 brg2 seme dah siap kemas masuk van.Tp kali ni tukar sikit jual bihun sup lgpun abah mcm dah tak semangat nak jual nasi briani lagi sbb org kuat nya dah takde klu kawan masih ingat kisah kawan baik abah meninggal itu lah kawan yg selalu tolong dia niaga.Ok jom layan resepi tepung pelita ni tp ni versi plastik bukan daun pisang dan bulan original terengganu klu resepi terengganu takde warna hijau tu.Aku buat 8 bekas aje jd ejas2 lah sukatan tu

resepinya aku ambik dr sini tp tak ikutlah sukatan dia ni sbb aku wat sikit aje nya

RESIPI TEPUNG PELITA

copy yatiecooking.blogspot

BAHAN-BAHAN:

Tepung Beras

Daun Pandan (dptkan pati air daun pandan)

Pewarna Hijau (jika suka)

Santan

Gula

Garam

Air

Daun Pisang dibuat acuan 4 segi / guna bekas plastik yg paling kecil

LAPISAN BAWAH

Daun Pandan dlm 10 helai dihancurkan dgn sedikit air utk dptkan pati air daun pandan

1 cwn tepung beras + 3 cwn air + air daun pandan (kalu malas nak buat nie, cuma masukkan perisan pandan + pewarna hijau skit)

sebatikan semuanya

LAPISAN ATAS

1 cwn tepung beras + 4 cwn santan + sedikit garam (utk bagi rasa lemak)

sebatikan semuanya

CARA MEMBUAT

Dimulakan dgn lapisan bawah, dimasukkan gula 1 sudu kecil ke dlm acuan daun pisang + dimasukkan lapisan bawah (bewarna hijau) memenuhi setengah acuan daun pisang

dikukus sehingga masak & dikeluarkan

Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang & dikukus sekali lagi hingga masak.

Sudah siap & boleh le dimkn.

1 ulasan:

Deliah's Deli berkata...

salam ida...ni kite bw bekas2 kosong ni nnti isi penuh2 tepung pelita tu yeee :)

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...