DAPUR KECIL KU

Isnin, 27 Jun 2011

CONGO BAR

Salam...
Mody senin...
mood nak keje dgn tak nak sama byk,tapi bila anak tak nak pergi sekolah si ibu2 ni bukan main lagi naik angin yer(termasuklah aku tp sabar2 klu di marah lagi menjadi2 budak ni baik pujuk cara halus)
dan nasib baik mood kembar hari ni nak ke sekolah selepas 2 hari ponteng sekolah(ni kes ibu dah mati akal dah nak pujuk mcm mana dah tak tau)
Ok kita tinggalkan citer pasal mood2 ni mari kita layan congo bar yg aku buat minggu lepas.Resepinya dah lama benor aku print sejak mula2 kak nor tayang sampai lah resepi ni kak nor masukan dalam majalah,aku tetap tak buat2 sampai lah kawan ku dari terengganu call nak dtg jd dalam kepala aku ligat ler berfikir apa benda nak buat utk dihidangkan pd org jauh.sebenarnya kawan ni boleh di katakan tiap2 minggu ada dtg KL tapi jarang jumpa aku cuma semenjak dua menjak berjinak dgn bisnes tudung ni dia selalu lah datang sbb nak antor stok baru pada ku.terima kasih Maziah sbb dah bersusah payah utk aku.Jom layan resepi yg seakan2 scone anak beranak brownies ni..
gambar tak clear sgt sbb cahaya kureng lah pulak dlm umah aku.

CONGO BARS

sumber: Rima & Ayu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients,
2 3/4 cup all purpose flour-(315g)
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g)
1 lb. light brown sugar(453g) - (k.nor letak 220gm) kita letak 300 g
3 eggs ~ (k.nor guna telur A)
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g) - (k.nor guna choc chips)1/2 cawan choc chip
1 cup chopped pecans (optional)tukar guna almond nibs
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.

Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.

Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 -(Ayu used 10x10)pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish(Ayu used parchment paper).
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake


masa buat bancuhan congo bar ni aku nampak mcm terlalu manis lah dgn gula dgn coklat lagi sampai naik seram pun ada tp gatal nak buat gak.Nak ikut sukatan gula tu memang dpt agaklah mesti manis giler ni lepas tu sukatan kak nor byk sgt kurangnya gula jd aku agak2 300g tu memadai dgn tepung tp aku kurangkan bab choc chipnya he..he..klu dlm resepi tu letak 326g aku pulak letak 1/2 peket choc chip yg beratnya 150g tu aje kira2 dlm 80g.tengok bertapa jauh bezanya.Sbb tu lah aku punya congo bar tak nampak sgt choc chipnya.yelah masa bancuh tu bukan main lagi nampak byk tp bila adunan dah naik seme choc chip dah tukar duk jauh2 tp yg pastinya sedap klu buat minum petang,budak2 pun suka ni cuma klu nak buat utk budak di nasihatkan jgn ler letak kacang2 tu klu tak mesti dia org ckp ada benda keras dlm kek.

Note: klu nak nampak cantik gunakan loyang yg besar sikit baru nampak bar2 yg cantik.kita guna loyang yg paling besar kat dapur dan loyang tu yg betul2 muat dgn over dah tak de lah besar dah.maklumlah over kecik aje.klu rasa over tu kecik lagi baik buat 2 loyang yer..selamat mencuba

Jumaat, 24 Jun 2011

MALANG TAK BERBAU...

Sehari selepas gerai dilanda ribut tu,esoknya pulak kete ku di langgar motor masa keluar opis dan nasib baik masa tu aku belum ambik kembar lagi.aku cukup takut klu masa bawak kete dan ada masalah dgn kembar kat dlm kete.
bukan lah teruk mana sbb motor yg langgar tu tak laju dan aku pun masa ni tengah berenti nak masuk simpang.cuma motor ni biasalah jln dah sempit nak mencelah jugak.Aku nak masuk simpang ke kanan lepas tu jln ni dari 2 lane ke 1 lorong sbb tu india anto gas ni kelam kabut.sebenarnya masuk moto ni duk follow aku lebih kurang 500 m tu aku dah tergerak dlm hati moto ni nak langgar kete aku ke rapat sgt di ikutnya.tak sampai beberapa saat sekali aku nampak dia dah tergolek sebelah kete aku.
inilah dia motor yg telah melanggar kete ku itu.india ni blh pulak salahkan aku sbb katanya aku bwk kete ke kiri dan dia pun nak ke kiri padahal aku terang2 bg isyarat nak ke kanan.dah memang jln tu sempit nak buat mcm mana,bila dia dah langgar aku pun terus bg isyarat ke kiri lah sbb nak tengok apa yg dia langgar.dgn tiba2 pulak ada 2 minah yg buat aku hangging.entah daripada mana dtgnya,terus aje ckp aku yg salah.wahh..wah..makcik makcik tolong sikit yer klu tak tau apa cerita jgn main tuduh2 aje yer.yg si india anto gas ni pulak bkn lah org malaysia dan takde lesen pulak.klu dia nak report aku no hal sbb nya aku tetap rasa tak salah.klu korang cuba tengok laluan jln tu memang muat2 utk sebiji kete aje dan ada tiang pulaknya memang moto tak lepas nak celah lah.Aku apa lagi tepon bos suruh dtg ketempat kejadian....
 bos pun dtg dgn pakai uniform(patutlah lama benor aku tunggu),apa lagi mengelabahkan mamak india tu tengok polis yg dtg.suami ku terus lah soal siasat dan mintak dia call taukeh.masa tu gak tiba2 muncul kutu2 tarik kete tanya nape kak kete accident ke?aku terus jawab takpe suami sy dah ada kat sini,terus dia org pandang kat seorg polis yg tengah bersoal jawab dgn india.
India tu dlm pd duk bercerita tu dia tetap nak salahkan aku dan suami ku terus  kata mengikut undang2 jalanraya siapa yg tiada lesen di anggap tidak layak dan tidak tahu mengendalikan kenderaan(waduh..waduh..dah keluar akta lah pulak)
sebenarnya kena pun tak teruk sgt tp sape yg nak byr utk lampu yg pecah dan body kete yg dah calar dan kemek sikit tu???tolong jawab
lampu dan body tu calar di sebabkan kotak yg dia letak gas tu klu setakat motor aje memang lepas dia celah tp kotak tu kan lebih lebar dan gak pulak 2 tong lagi lah daya tolakkan tu kuat tu pasalah bila dia brek moto tetap jln.deal punya deal dgn kata putus suami ku kata biar tokeynya aje belikan lampu baru jd takde kisah2 byr2 duit ni.nasib baik taukeh tu paham dan terus ckp takpe dia byr lah.kami tak nak ambik2 duit jd terus ckp biar dia beli brg dan byr upah utk pasang yg cat kete pulak aku terus ckp aku patah kaki lah klu tinggal kete kat bengkel hu..hu..jd kesudahannya kami hanya tukar lampu aje dulu.upah pasang pun suami ku byr sendiri sbb masing2 takde masa.suami ku pun ckp taukeh dia bagus jd jgn lah susahkan dia.nasib ko lah mamak dpt tokey bagus. Dan ini pulak kenapa Gerai Bihun Sup Utara di tutup buat sementara waktu

taraaa..inilah dia chef dan tukar jd engineer.suami ku ambik masa 2 hari utk siapkan atap ni dan sekarang ada menunggu 30 unit gerai lg jd paham2 lah yer klu cuti sampai berbulan2 tu.
gerai bihun sup dah kembali elok.suami ku betulkan pd hari yg sama gak selepas ribut dan gerai tomyam yg bentuk tajam2 tu pun suami ku yg buat,gerai separa bulat warna biru hujung sana tu pun dia gak buat.kiranya design mengikut citarasa masing jd klu sape2 nak tempah atap ke grill ke atau apa aje yg berkaitan dgn kerja besi boleh call no ni yer 016-357115

muka tokey yg kepanasan lepas buat keje.abaikan apa yg ada kat mulut tu yer.dah byk kali aku larang tp nak buat mcm mana dia ckp itu lah sumber inspirasi nya masa buat keje klu tak de otak tak jln daaa
abah gelak yer ibu marah isap rokok...

MUFFIN PISANG

Salam penghulu segala hari...
Dah lama dah tak update ni,niat ada tp ada aje masalah yg terjadi nak kata busy kat opis ni tak pun sbb ari2 aku duk layan tenet aje cuma bila time nak upload gambar dlm pc tak blh entah apa masalah dgn hp aku ni.Dan semalam aku dah buat permohonan pd big bos kat umah utk membeli kamera entah di luluskan ke tidak sbb nya bos besar nak beli dapur baru dapur lama dah rosak(alah dapur zaman baru2 kawen dulu itu pun regenya tak sampai seratus pun klu tak rosak lagi byk kilang dapur tutup nanti)tapi mem besar ckp tunggu dulu pakai dulu lagipun jarang2 masak bkn selalu pun(dlm hati ada niat lain sebenarnya he..he..)
Alamak aku ni sebenarnya nak citer pasal muffin tp macam mana blh citer pasal dapur lak ni.Dah lah mai tengok muffin terjun aku.buat ahad lepas konon2 nak bwk buah tangan kat sepupu last2 sekali abis kat umah aje.

 BANANA CHOCOLATE MUFFINS (resepi Chef Wan)

sumber kongsi resepi(fb)

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang (guna gula biasa aje)
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips (tak letak pun)
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit

sedap muffin ni dan lagi best klu mkn masa masih panas.

Isnin, 20 Jun 2011

GERAI BIHUN SUP DI LANDA ANGIN RIBUT

Salam..
semenjak dua menjak ni entah nape lah aku mcm malas benor nak update blog ni.di tambah pulak susah nak download gambar dlm pc lagi lah bertambah malas nya.tiap kali nak upload gambar pc terus shut down,tensen aku. Di sebabkan itu bila buat xperimen pun aku dah malas nak ambik gambar.entah apa masalah pc kat opis ni(iyelah pc tu bos bg suruh buat keje opis aku gi wat keje personal) Ini aku nak citer sikit kejadian isnin lepas lebih kurang waktu zohor waktu org tengah mkn tengahari. Kejadian angin ribut yg kuat telah melanda gerai bihun sup utara.
ini gambar masa aku mula2 sampai lepas abah call mintak aku keluar opis balik tengok gerai.masa ni hujan lebat gak.gambar pun blur aje..

semea 4 kaki khemah patah terpaksa ganti baru nasib baik khemah tak koyak tp ari tu masing2 cemas juga sbb khemah ni terangkat hampir 13 kaki dr bumi bayangkan khemah sebesar ni terapung ke atas,Ini lah kuasa Allah. Alhamdulillah tiada yg tercedera cuma barang2 yg tengah niaga terpaksa di buang sbb masuk air hujan.

perasan tak tiang khemah yg tersangkut kat belakang pagar dekat bendera tu sebenarnya tiang tu asalnya duduk tepi meja aje tp di sebabkan khemah dah terangkat tinggi melebihi pagar(dpt bygkan tak betapa cemas org2 yg ada kat situ)nasib baik khemah tu tersangkut pd pokok klu tak entah kemana di bawa.

tengok lubang tiang yg terangkat.masa buat dulu bos dah kata kena tanam tiang utk elakkan khemah terbalik bila kena tiup angin tp kuasa allah siapa dpt duga.tiang yg di tanam 1 kaki dlm kemudian di semen pun mampu tercabut juga.

hari ni genaplah seminggu peristiwa ini berlaku.Bos @ Chef E merangkap engineer juga telah merepair gerai ni.Balik aje dr bengkel besi dia terus ke gerai terngok nak beli apa yg patut bg repair seme ,bos cuma call aku aje mintak tengok gerai dan aku dah MMS gambar2 ni semua sbb tu dia relak aje tak kecoh nak balik pun,sib baik opis aku cuma 5 min aje dr gerai ni dan aku punya head pun tak kisah sgt dia paham dan bg aku keluar kejap.Org2 yg niaga ni cuti lah gak 2 hari tp bihun sup tetap lagi bercuti dan berkemungkinan cuti akan berterusan sehingga raya puasa.harap maklum yer semua (sorry lah chef dah tukar jd engineer buat masa skrg)

Selasa pulak kejadian kereta ku di langgar oleh motor penghantar gas...dugaan

Khamis, 9 Jun 2011

NORA ELENA vs NUR KASIH

Salam...
skrg tengah hangat cite NORA ELENA yer..
ada sampai mcm nak bergaduh2 pun ada..yaaa..ampun jgn lah sampai mcm tu sekali
entah apa lah silap citer tu yer sampai jd kontroversi sgt ni.agaknya sbb SETH TAN atau NORA ELENA?
kena jawab sendiri lah.
Dulu masa citer NUR KASIH pun sama jugak tapi tak ketara sgt sbb nya nur yg jd isteri idaman lelaki mungkin lelaki tak tergila2kan citer nur kasih sbb masih ramai perempuan di luar tu ada ciri2 mcm nur amina tapi sekrg citer NORA ELENA di menjadi kergilaan para isteri dan wanita mahupun anak gadis sbb nya watak Aron Aziz sbg Seth tan tu yg bergitu romantik giler menjadi angan2 setiap wanita mungkin juga kerana kat luar tu dah kurang atau pun senang citer memang takde pun lelaki romantik ni.tolong jawab sikit..
Tapi bg aku lah 'romantik' ni atas tafsiran dan cara masing2 lah.setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan. Tapi yg bab bunga tu sekali sekala teringin gak kan....(he..he..ada juga)tapi dlm hidup perkahwinan ku ini pun aku dah pernah teima kejutan bunga dr suami ku dan terasa lah amat2 terharu gak hu..hu..tp itu kisah 9 thn lepas lah..(masa berdua bkn berempat..tengok dah mula nak membezakan pulak)tapi biarlah itu jd kenangan buat ku sampai bila2.Sebenarnya klu lelaki ni nak jd romantik mcm Seth tu aku rasa poket dia org pun nak kena penuh gak biarpun tak dpt pakai kete mcm Seth tu..kesimpulanya duit itu penting(apa pulak tiba2 pasal duit ni) sape setuju???

Dah lah byk sgt aku membebel ni jom tengok hasil bunga2 ku yg selama ni aku cuma tengok aje org buat tp kali ni aku try gak buat.apa komen?

Tempahan dari kak pah utk diberikan pada jiran kami yg kendurikan anak nya sabtu lepas.tak tau lah apa reaksi yg menerima cuma kak pah ckp lain kali nak tempah lagi untk anak bujangnya pulak.harap2 dia org suka lah.aku pun tak sempat nak ke kenduri tu.
pg2 lagi aku dah anto itu pasal malap aje gambar nya.ialah deco pun subuh2 ari.klu nak deco awal2 kembar kacau pulak.
sambil2 tu deco tu aku buat lah kayu keramat utk buat sarapan tp aku ada tambah sikit bahan lain dr resepi ibu ku(memandai aje ida ni)
aku ada tambahkan water roux kat dlm resepi ni dah hasilnya memang gebu dan lembut sgt2 cubalah klu tak caya.aku uli pakai tangan aje malas nak masukan dlm BM tu. resepi nanti dulu yer nak gi ngedeng umah madiha jap resepinya.

Isnin, 6 Jun 2011

TUDUNG LABUCI

Salam..
permulaan minggu ni takde apa sangat jd sambil2 layan menu dari dapur kawan moh ler jamu mata dgn tudung2 ku ini.klu rasa berkenan apa lagi sms @ call aje 019-9543616.permintaan untuk tudung mcm ni agak memberangsangkan jd maaf lah klu tertiba masa teman2 berkenan tu stok dah takde harap maaf tapi aku akan update lah mana2 stok yg dah abis.Stok akan tiba setiap 2 minggu sekali.Jadi kawan2 jgn ler risau takut tak dpt tudung yg bling2 ni.aku akan cuba re-stock jika ada yg betul2 berminat dgn tudung ku ini tapi kena bg tau awal2 lah.Layannnn..

HIJAU PUCUK RM35


BIRU TUQOIS RM35

PURPLE RM35

HIJAU LUMUT RM35

CREAM MILK RM35

BIRU RM35

KUNING CAIR RM35

COKLAT GELAP RM35



KOPI SUSU RM35


TEH RM35

CEPAT-CEPAT SEBELUM KEHABISAN STOK.UTK MAKLUMAN STOK2 INI MEMANG TAK LAMA SBB SOLD OUT JADI KALAU DAH RASA BERKENAN DI HATI CEPAT-CEPAT BAGI TAHU YER.TUDUNG-TUDUNG MACAM INI AMATLAH SESUAI DIGAYAKAN PADA HARI RAYA ATAU PUN NAK KE MAJLIS-MAJLIS TERTENTU.TUDUNG INI MEMPUNYAI KAIN YG AMAT2 BERKUALITI DAN JIKA ANDA BERADA DI KL ANDA BOLEH DATANG LIHAT SENDIRI.TUDUNG-TUDUNG INI TIDAK TERDAPAT DI PASARAN BARAT(SEPERTI KL,SELANGOR DAN KAWASAN SEWAKTU)HANYA DI PANTAI TIMUR SAHAJA.
JANGAN LUPA INI NO PHONE KU 019-9543616


Jumaat, 3 Jun 2011

BASIC DOUGH

Ini pulak resepi roti yg kat bawah tu.Aku ambik dari dapur izah dan izah dpt dari dapur kak nor SG.thank a lot sbb sudi share resepi yg amat2 sedap dan lembut dan gebu walaupun dah 3 ari.memang best sgt2.aku cuma buat 1/2 dr resepi aje sbb klu wat byk2 pun takde org nak mkn pun.


BASIC DOUGH

resepi yg aku buat utk 1/2 adunan

200g tepung gandum biasa
40g gula castor
11/2 sudu kecil yis segera
1 bj telur C
60ml air+gula sedikit +yis bg naik dulu
50gm water roux*
cara buat water roux 1:5
25g tepung gandum +125g air.campur semua kacau dgn whisk panaskan dgn menggunakan apis yg perlahan sehingga menjadi pekat tp bkn berketul klu berketul maksudnya tak cukup air.nak tau dah masak ke belum rupa dah masak mcm rupa serikaya.
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin



BASIC DOUGH

sumber: Kak Nor
copy izahdaut

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening


Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi
water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah diguna
roti yg amat sedap sgt

 Penne dgn sos cendawan campur berbola daging.ini pun terliur kat dapur sapa yer dah lupa tp klu tak silap my litter kitchen tak pun 1001 rasa entah dah lupa tp aku guna yg instant seme beli sos kimbal yg dlm botol blk masuk seme bahan2.ni seme kes terliur almaklumlah ari tu aku posa(pssttt kawan2 dah abis ke ganti posa?agaknya2 tinggal aku aje yg belum abis lagi ganti posa)

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus) versi kecik.rupa tak lawo tp mkn bukan main sedap lagi.nak letak resepi malu ler gambar pun tak lawo tp resepi ni aku ambik kat umah kak dayang.tq kak DJ lengkali kita wat versi beso plak.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...