DAPUR KECIL KU

Sabtu, 24 September 2011

ORDER

Ini antara order yg di terima dlm bulan ramadhan dan syawal. terima kasih kepada mereka semua yg sudi order dan sampai berulang2 ordernya.terima kasih byk2 lain kali order lagi yer.
kek butter order dr ms wong
cho moist cake order dari kawan belajar saimah,ini pun bukan dia punya tp kawan serumahnya punya.tq adeq promo aku punya kek

Oreo Cheesecake yg di order dr jiran kat blok rumah ku.tq kak zah
Kek coklat moist utk abg nasir
butter cake utk abg din


Apam ladybird yg di order oleh Hartini kawan sekolah rendah sebenarnya dah byk kali dia order mula2 nak 100 biji lepas tu dia nak lg 200 biji utk buat raya dan ini kali ke tiga 200 biji klu ikutkan ada lg tp aku yg tak sempat nak buat.thank tini walaupun dah berpuluh thn kita tak jumpa sekali jumpa masih mesra dan wajah mu tak berubah seperti masa sekolah dulu gak ,awek muda ni.

ini order dari nurul sempena org nak merisik khabar he..he..kumbang dah melekat dah kat bunga jd nak tau ler bunga dah berpunya ke belum. mulanya nak ladybird 100 biji tp aku ckp klu letak ladybird seme utk tetamu nanti ada yg takut lak jd aku suruh campur dgn polkadot(memandai aje aku ni kan)
100 biji cho moist cake ni di order oleh kak marsitah nun jauh di selatan sempena majlis pernikahanya 16/9 minggu lepas.maaf lah kak ita sy tak dpt pergi jauh sgt.kak ita ini kiranya kakak angkat ku sejak belajar dulu dan dia selalu jugak lah dtg singgah umah aku bila dia kena outstation kat KL ni.thank kak ita

100 biji polkadot ni order oleh adeq thanks

kepada yg sudi order terima kasih byk dan klu gambar takde tu maknanya aku dah ter delete mintak maaf byk2 yer.
klu ada yg berminat utk order blh call 019-9543616

AL-FATHIHAH & SALAM TAKZIAH BUAT LIYANA DAN KELUARGA

Salam hujung minggu utk semua..




Hari ini pagi2 lagi aku dah dengar berita sedih. Masuk opis tadi aku buka Fb lepas tu ternampak komen yg kwn2 post dekat wall liyana hood yg mengucapkan takziah atas pemergian anak bongsunya itu. Sebenarnya semalam pun dah ada kawan2 yg post pasal keadaan anak liyana. Sebenarnya kita hanya mampu merancang allah yg menentukan semua. Mungkin kita kehilangnya adik aizal utk waktu sekarang kerana jika dia masih bernyawa mungkin lagi bertambah teruk kesensaraan hidup nya, sape yg tahu hanya allah yg Maha mengetahui. Walaupun pedih dan perit apa yg di lalui tp percayalah hanya itu lah yg terbaik buat mereka. Marilah kita sama2 berdoa agar arwah tenang dan keluarga liyana dpt menerima hakikat kehilangan ini. Betul org kata org yg memandang tak sama dengan org yg menanggung tp sekurang2nya mereka yg memandang Cuma menyelami hati dan perasaan org yg merasai. Khas buat Liyana sekeluarga percayalah segala apa yg terjadi ada hikmah di sebaliknya,mungkin kita tak mampu utk melihat sekarang tp akan dating hikmah tu tetap akan muncul dan dengan sendiri nya kita akan berkata. Alhamdullillah ada hikmahNya.

Aku mengenali liyana sejak mula berkenalan dalam dunia maya.masa tu aku hanya ada marlida.fotopages  dan bergitu juga dgn liyana. liyana

kami berkenalan malah sentiasa bertanya khabar klu tak dlm internet dgn telefon. Walau tak pernah bersua tp terasa agak rapat Cuma akhir2 ini kerana kesibukan masing2 kami jarang bertegur sape dlm fb. Buat liyana akak harap liyana tabah dan kuatkan semangat walau kita kehilang anak yg tersayang,ingatlah dia akan sentisa berdoa utk diri kita.



N3 tiada gambar

Jumaat, 23 September 2011

PEACH CHEESE TART

Salam jumaat..


Aku sudah tergoda pd juwita yg menayangkan cistat versi beso. Lepas tu kebetulan ada tetamu jauh(Trg) nak dtg beraya katanya masa aku open house ari tu dia tak sempat dtg sbb sibuk kat kedai jd dia dtg lambat sehari(open house ari sabtu dia dtgari ahad) jd takde apa yg nak jamu aku pun buat lah cistat,kek coklat dan nasi tomato utk dijamu. Terima kasih maziah sudi mu mari umoh aku jauh2 ni.(gambar lupa nak ambik duk kalut sgt).

Tak sia2 buat cistat ni sbb seme puji sedap dan cheff E pun duk mkn berulang2.he..he..maklum lah dah takde stok kueh lain tambah2 cistat ni ada rasa masam2 lemon tu yg buat sedap tu.




Peach Cheese Tart
http://juwitafariz.blogspot.com/

Bahan-bahan
Lapisan Crust - base
284 gram tepung gandum
45 gram Gula kastor
180 gram mentega

cara-cara
1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang
4. Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu
5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 160'c.
6. Keluarkan doh setelah masak
7. Bila sejuk sikit.

Tips : Doh agak melekat2 ditangan sewaktu menekan didalam acuan ita sapukan tangan dengan tepung untuk memudahkan untuk menekan didalam loyang.

Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2

Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
2. keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit - sedikit kiub2 kecil dan gaul dengan tangan mentega dan adunan tepung tadi untuk menhasilkan crumble yang cantik. Jika tidak habis mentega itu pun tak pe .. Jangan uli seperti doh hanya gunakan hujung jari sahaja.

Filling
250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin buah peach( boleh ganti dengan mango/apricot)

Cara-cara
1. Panaskan oven ke 200degree
2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
3. Make a crust. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat.
4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.( ita pukul dengan mixer)
5. Aturkan peach yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
6. Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan tadi.
7. Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.

Selasa, 20 September 2011

BERGEDIL TAUHU DAN DAGING

Salam


Tak boh citer byk layan aje begedil yg sedap ni.

Nak buat pun senang. Mkn mcm tu aje pun ok wat mcm cekodok.



BERGEDIL TAUHU DAN DAGING

Saji Online

Bahan-bahan:

5 keping tauhu - dilecek

150 gm ikan bilis - ditumbuk

4 ulas bawang merah - ditumbuk

Sedikit hirisan daun saderi dan bawang

2 biji telur

250 gm daging ayam - direbus dan dicincang

Garam dan lada sulah secukup rasa

Minyak untuk menggoreng



Cara Menyediakan:

1. Gaulkan tauhu, ikan bilis, daging ayam, daun saderi, daun bawang, lada sulah, garam dan sebiji telur hingga rata.

2. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan dan leperkan.

3. Panaskan minyak untuk menggoreng terendam, celup bergedil ke dalam sebiji lagi telur yang dipukul ringan dan dicampur garam. Masukkan ke dalam minyak ddan goreng hingga kekuningan.

4. Hidangkan ke dalam pinggan dan hias dengan salad, hirisan timun, gegelang bawang besar, tomato dan daun bawang. Enak dimakan bersama sos cili

Sabtu, 17 September 2011

RAINBOW CAKE

Masih lagi n3 tertangguh dan tertunggak. Aku sekarang sekarang ni pantang nama kueh yg colourful memang teruja sgt. Klu kat fesbuk pun ramai gak yg tayang kek pelangi ni Cuma aku aje yg tak jumpa resepinya. Tapi ku tanya gak kat en google jd dia bg lah aku resepi ni dr Myresepi. Thank syufa sedap kek nit p agak manis utk ku mungkin utk orglain ok kot.


Rainbow Cake~syufa

http://www.myresipi.com/top/detail/15070

Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )

2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)

1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus

5 biji telur ayam (gred B)

250gm butter

550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)

Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)

2 sudu kecil esen vanilla

1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)

Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek

Cara-cara

Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.

Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.

Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.

Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.

Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.

Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.

Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda

Kejadian kek ni tak cantik kesnya aku tak lah byk Loyang jd aku nak gunakan saiz yg sama makanya masa kek masih panas aku dah kuarkan kek dari Loyang , itu pasal kek aku lain mcm aje rupanya. Apa pun aku rasa nak buat lagi tp mesti sediakan Loyang sebanyak mana warna kek yg nak guna. Misalnya klu guna 3 warna maka Loyang pun mesti 3 klu tak susah nak masak.

LEMON & PASSION BUTTER CHEESECAKE


Salam..


Nak masukkan n3 yg berkurun dah ni. Buat ni pun lepas kak ummi tayang kat dapur dia. Tengok mcm best aje dan yg penting bahan2 yg diperlukan seme dah ada kat dapur ku he..he..itu benornya. Dan sememang nya tak kecewa lah bila try wat kek ni. Teramatlah sedap dan berbau wangi satu rumah masa bakar nya sampaikan laki ku tanya dah masak ke belum kek tu mcm best aje bau nya. Tq kepada penyumbang resepi aku Cuma kopi aje dr kak DJ


LEMON AND PASSION BUTTER CHEESE CAKE

Ubahsuai dan sumber: Ummi @ Home Sweet Home & Jun

Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A:-

225gm tepung

1 1/2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam



Bahan B:-

200gm butter

175gm cream cheese

1/2 sudu teh lemon zest

2 sudu teh jus markisa (*akak tambah ni) - DJ x letak.aku pun tak letak

175gm gula (akak letak 160 gm je)

5 biji kuning telur

Bahan C:-

5 biji putih telur

sudu teh jus lemon

Cara-Cara:-

Pukul butter dan cream cheese hingga kembang.

Masukkan gula, pukul lagi.

Masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi.

Masukkan bahan A dan gaul rata.

Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.

Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata.

Masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas dan bakar pada suhu 180'c selama 30 minit



Jadi sila2 lah mencubanya kawan2.

Selasa, 13 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA & SAMBUTAN HARI LAHIR




Salam..


Hari ini nak masuk N3 kisah umah terbuka yg kami kongsi buat kat gerai bihun sup utara. Ramai gak tetamu tapi aku lupa nak ambik gambar campur dgn kalut dgn layan tamu memang langsung tak sempat lah nak bergambar2 ni.yg ada ni pun sbb tetamu reda jap sebelum dtg menyerang kembali he..he..

Kami buatkan 2 periuk besar bihun sup utara dan juga kek2.utk gerai lain ada bakso,mee goring,bihun goring,laksa,kueh raya dan air.tapi yg kira main menu adalah bihun sup utara. Dan memang tak sah klu jamuan raya takde satay tp gambar satay tak sempat ambik lah sbb aku sendiri pun tak sempat nak mkn satay yg di hiding klu nak aku terpaksa ckp dgn tukang bakar satay tu reserved utk aku.jd mana2 tetamu yg aku serve satay ke meja tu kira mereka yg aku dah short list utk di serve he..he..bkn memilih bulu tapi klu semua di lambak kat situ memang tak sempat sampaikan kembar nak mkn satay pun tak sempat. Bila dah abis majlis tanya tukang bakar satay berapa cucuk satay yg kami dah order? Katanya 750 cucuk tp aku sendiri pun tak Nampak kat mana satay tu duduk.tp tak kisah janji hajat kami tercapai. Lagi pun dah lama kami tak buat opeh house mcm ni yg paling last rasanya kembar pun belum lahir lg.lepas kembar ada aku Cuma wat mkn2 kat umah kecik2 aje sbb tak larat nak layan dgn kerenah kembar yg suka meragam dan takut jumpa org takut nanti bila Nampak org dia mula melalak Cuma sejak masuk sekolah ni ok tp tetap tiap2 pg nak masuk class dia melalak sbb tak nak sekolah.hai susah betul dia org ni.


Menu dari Gerai Bihun Sup Utara


• Bihun sup utara

• Kek Carrot – besday boy @ Chef E

• Kek Karemel

• Kek Red Velvet

• Brownies

• Cup cake moist

• Butter Cake

• Kek Buah

• Kueh Raya

• Puding Cooktail



Menu dari Gerai Bakso & Nasi Campur

• Bakso

• Mee Goreng

• Pelbagai jenis air

• Kek coklat – besday boy @ abg nasir

• Kueh raya



Menu dari Gerai Tomyam

• Laksa penang

• Ketupat Palas

• Rendang Daging

• Kek butter – besday boy @ abg Din

• Kueh raya

• Bihun Goreng






ini lah kek yg telah di amanah kan kpd aku.alhamdulillah siap tp takde lah cantik mcm sifu2 buat


oklah terima kasih kepada mereka yg sudi dtg.harap2 puas hati dgn masakan kami

KEK MARBLE WARNA WARNI BADAN ROSE NOSTALGIA




KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA

copy http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/04/kek-marble-warna-warni-badam-ros.html
Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber : Rinnchan

Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)
250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)-guna majerin aje sbb skrg GC dah haram
5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
2 susu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)

Cara-cara:
pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

kek ni dah lama buat sebelum posa lagi tp blm masuk n3 lagi.kek yg sedap tq kpd yg bg resepi

Selasa, 6 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011



Salam..
Rasanya belum terlambat lagi utk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin buat semua pengunjung Dapur Kecil Ku.Harap maaf jika sepanjang bersiaran di alam maya ada tersalah dan tersilap mengambil resepi tanpa mintak izin,bukan niat nak mencuri tp niat nak berkongsi.Dan di kesempatan ini juga kami ingin menjemput rakan taulan yg mengenali kami utk hadir ke jamuan rumah terbuka kami pada 10 sept bersamaan hari sabtu ini.Majlis bermula waktu ptg(maaf lah lupa nak tanya big boss jam berapa) utk memudahkan rakan2 ini no hp ida 0199543616.kami buat kecil2 aje buat pun kat gerai bihun sup utara dan menu utama nya mestilah bihun sup utara jadi jemput2 lah dtg


Utk makluman semua peminat Bihun Sup Utara.
Gerai Bihun Sup Utara Chef E sudah kembali beroperasi pada hari ni jd klu ada yg rindu dgn bihun sup utara sila lah dtg ke Gerai Bihun Sup Utara,Hadapan Blok A,PPR Pudu Ulu,
Perumahan Awam DBKL,Cheras.
berdekatan dgn bagunan Court Mammort dan satu jalan dgn bagunan PGRM atau LHDN.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...