DAPUR KECIL KU

Isnin, 12 Mac 2012

Tergoda tengok along tayang kek pisang dia jd aku pun wat gak.sementara stok pisang ada jd wat lah.memang sedap kek ni lembut giler tapi tak hancur bila potong.lepas satu mlm lagi moist kek ni dan wangi aje.buat pun senang cuma..(ada gak cuma tu) kek ni agak oily mgkin butter tu lebih sikit dr yg lain kot jd kali ke 2 aku buat kurangkan jd 250g ok lah tak oily dan tetap gebu.sedap he..he..puji diri sendiri lak kan.

BANANA & POPPY SEED CAKE

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: YummyLittleCooks
Sukatan resipi & bahan telah di ubahsuai oleh HomeKreation
Alih bahasa oleh HomeKreation

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
262g Butter (lain kali kena guna 250g aje)
75g Gula
1½ sb Mandarin Sunquick (HomeKreation) -tak letak pun
6 bj Kuning Telur
225g Tepung*
¾ st Baking Powder*
¼ + ⅛ st Baking Soda* (* ayak sekali)
160g Pisang Ranum - lecek
22g Poppy Seed
6 Putih Telur**
150g Gula** (** pukul sehingga bertanduk)

CARA2:
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
Masukkan sunquick, kuning telur dan kacau sebati.
Masukkan tepung, pisang, poppy seeds sambil di gaul sebati.
Campurkan telur putih kembang, 1/3 setiap campuran, sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan ke dalam tin yg telah di lapik & gris.
Bakar 180C selama 45- 50 minit atau sehingga masak.
3. Sejukkan sebentar sebelum di keluarkan dari tin & di potong

3 ulasan:

Wattie berkata...

Assalamualaikum dan salam rindu Ida,
Akak pun bila ada waktu terluang aja baru blogwalking, tenet pun selalu slow aja semenjak dua menjak ni kan.

Lembut nampak kejadian kek pisang Ida, mesti best ni...

Unknown berkata...

sedapnya kek ni....

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

nampak mcm best jer..
pisang takdok.. tp poppy dah lama bertapa dlm esbok tu.. haha..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...