DAPUR KECIL KU

Khamis, 12 Ogos 2010

LAI CHI KANG


LAI CHI KANG

copy /suejoshua

BAHAN-BAHANNYA:

•8 biji kembang Semangkuk - direndam dengan air panas hingga kembang

•1 cawan longan Kering

•1 tin besar laici - diambil laicinya saja dan dipotong kecil

•1/2 cawan biji selasih - direndam dengan air hingga kembang

•1/2 cawan cincau - dicincang

•1/2 cawan kismis

•1 cawan gula Kundur/halwa kundur - dipotong dadu

•1 cawan gula Melaka

•1/2 cawan gula merah

•1 cawan kurma Kering Cina (warna merah)

•1/2 cawan kacang tanah - disangai tanpa minyak dan buang kulitnya

•1/2 cawan badam - disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya

CARA-CARANYA:

•Masukkan air secukupnya didalam periuk, rebus gula melaka, gula merah bersama longan kering, kacau hingga gula melaka, gula merah, gula pasir larut dan longan kering kelihatan lembut.

•Dalam bekas berlainan, masukkan kurma kering Cina bersama gula kundur, kemudian masukkan pula air rebusan tadi ke dalam bekas tersebut.

•Kacau semua bahan yang telah dicampurkan.

•Masuk kembang semangkuk, biji selasih, kismis, cincau, laici, badam dan kacang tanah.

•Kacau lagi semua bahan sehingga rata dan kalau terlalu manis bolehlah ditambah dengan air sejuk atau panas.

•bolehlah dihidangkan sejuk atau panas

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...