DAPUR KECIL KU

Khamis, 7 Januari 2010

AYAM GORENG BUTTERMILK



AYAM GORENG BUTTERMILK
Sumber Mommamia kat MyR
copy ummizaihadi

Bahan-bahan ( 4 orang makan):-
1 ekor ayam potong 8
1 cawan buttermilk (akak substitute 1 cawan freshmilk + 1 sb. limau nipis, kacau n biarkn 10 minit baru guna)dan ku tambah lagi 1/2 cawan tairu
1 cawan tepung gandum - guna tepung gorengan serbaguna
1 1/2 sudu kecil garam ( nak masin tambah lagi)
1 sudu besar paprika
1 sudu besar garlic powder ( kalau takde, perap ayam guna 4 ulas garlic ditumbuk)
1 sudu kecil black pepper
Minyak yang cukup untuk deepfry.

Cara-Cara:-
Perapkan ayam dengan buttermilk 1 jam. Kalau semalaman lagi sodap la..(make sure ayam tuh kering..tak berair2)
Campur semua bahan2 lain dalam plastic bag.Kalau ade yg ziplock tu lagi senang keje. Seal/Ikat pastu goncang2 sket.
Masukkan ayam 2 ketul dlm plastic bag tepung dan goncang2 utk salut. Ulang untuk semua potongan ayam. Jgn letak semua sekali ayam dlm bag tu.Susah nak goncang dan tak rata sangat.
Keluarkan ayam2 yang telah disalutkan dan biar seketika (dlm15 min) Sambil tunggu, panaskan minyak.
Make sure minyak betul2 panas dan gorengkan ayam tuh sampai golden brown.Api kecik je,sbb nanti garing sgt tapi dalam tak masak. ( biasanya dalam 15 - 20 minit).

Serve dgn coleslaw ngan mash potato cam kat kfc tu kalau rajin nak buat! 

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...