DAPUR KECIL KU

Rabu, 6 Januari 2010

KEK PISANG LEMBAB

Kalau ada pisang yg tak abis mkn @ pisang dah lebu boleh buat kek pisang lembab ni memang sedap tp utk resipi ni rasanya perlu kurangkan sukatan gula yg agak manis bagi ku



KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)



KEK PISANG LEMBAB
Sumber bro rozzan
copy Kmal Fp
Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 300 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder

Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut -saya guna walnut+coklat rice

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Nota : Kali ini saya cuma tambahkan ganache topping kat atas kek tu dan ditabur dgn kacang hazel
 

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...